Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

PENDIDIKAN WAJIB


Dasar Pengoperasian Pendidikan Wajib 
 
1. PENYATAAN DASAR

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

2. TUJUAN
2.1 Memastikan setiap ibu bapa warganegara yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa, mendaftarkannya di sekolah rendah. 
2.2 Memastikan anak yang didaftarkan akan terus menjadi murid di sekolah rendah di sepanjang tempoh pendidikan rendah.

3. PELAKSANAAN DASAR

3.1 Subseksyen 29A (1) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
3.2 Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
3.3 Subseksyen 29A (3) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
3.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002. 
3.5 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

4. KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 Proses Pendaftaran : Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta sekolah membuat pengumuman tentang pendaftaran anak-anak ke sekolah rendah dengan cara berikut:

4.1.1 Permohonan Pendaftaran Penempatan Ke Tahun 1

Ibu bapa adalah diminta membuat permohonan pendaftaran penempatan bagi anaknya untuk belajar di Tahun 1 di sekolah rendah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Permohonan penempatan ini boleh dibuat di sepanjang bulan Mac.

4.1.2 Pengesahan Penempatan Ke Tahun 1

Ibu bapa dinasihatkan membuat pengesahan penempatan ke Tahun 1 di sekolah rendah di mana anaknya akan ditempatkan apabila menerima maklumat berkenaan yang akan disampaikan oleh sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri di sepanjang bulan Ogos. Penempatan seseorang kanak-kanak ke sesebuah sekolah tidak semestinya sama dengan yang dipohon semasa membuat permohonan penempatan. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan permohonan ke sesebuah sekolah yang dipohon boleh ditolak.

     4.1.3 Rayuan Pengesahan Penempatan Ke Tahun 1  

Ibu bapa boleh membuat rayuan mengenai penempatan sekolah anaknya kepada sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri. Sebarang keputusan yang telah dibuat hasil daripada rayuan adalah muktamad. Ibu bapa yang telah berpindah ke tempat tinggal yang baru hendaklah memberitahu sekolah tentang alamat barunya dan memohon supaya anaknya ditempatkan di sekolah baru mengikut alamatnya yang terkini.

4.1.4 Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan

Ibu bapa hendaklah membawa anaknya untuk berdaftar pada hari pertama persekolahan dengan membayar yuran-yuran yang dikenakan oleh sekolah berdasarkan kepada amaun yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Pelajaran.

            4.1.5 Pertukaran Sekolah Sebelum Pendaftaran Hari Persekolahan

Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran awal dan/atau telah mengesahkan penerimaan penempatan ke sekolah rendah tetapi berpindah ke tempat baru sama ada dalam daerah yang sama atau di negeri lain hendaklah memaklumkan kepada sekolah lama terlebih dahulu sebelum memohon untuk membuat pendaftaran baru ke sekolah di tempat tinggalnya yang baru.

 4.2 Kriteria Pelaksanaan

               4.2.1 Tempoh Pendidikan : Tempoh pendidikan wajib adalah selama tempoh pendidikan  rendah, iaitu selama enam tahun.


            4.2.2 Tarikh Pelaksanaan Pendidikan Wajib : Pendidikan Wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003 yang meliputi murid Tahun 1.
   
4.2.3 Kanak-kanak Yang Terlibat : Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang dilahirkan antara 2 Januari hingga 1 Januari pada tahun berikutnya. Contohnya, murid yang dilahirkan pada 2 Januari 2003 hingga 1 Januari 2004 adalah bagi persekolahan ke Tahun 1 pada tahun 2010.

4.3 Implikasi Perundangan

4.3.1 Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikuti pendidikan wajib adalah merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Jika disabitkan dengan kesalahan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

5. TARIKH KUAT KUASA
1 Januari 2003 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002).

No comments:

Post a Comment