Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

PENGURUSAN TINGKATAN ENAM


1.PERNYATAAN DASAR

Menguruskan penempatan murid Tingkatan 6 dan penempatan serta pertukaran guru Tingkatan 6.



2.TUJUAN


2.1  Memastikan perancangan pembukaan Sekolah Pusat Tingkatan 6 dan pertambahan kelas Tingkatan 6 dilaksanakan berdasarkan unjuran negeri dan memenuhi keperluan.

2.2 Memastikan semua murid lepasan SPM daripada Sekolah Menengah Bantuan kerajaan mendapat tawaran masuk ke Tingkatan 6.

2.3  Memastikan semua murid yang memohon dan layak ke Tingkatan 6 bagi calon sekolah swasta, persendirian dan bukan warga dapat ditempatkan jika terdapat kekosongan.

2.4 Memastikan penempatan dan pertukaran guru di Sekolah Pusat Tingkatan 6 dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

2.5 Memastikan pengurusan program akademik Tingkatan 6 mengikut kurikulum yang ditetapkan.



3.PELAKSANAAN DASAR


3.1 Kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan lepas menengah kepada lepasan SPM selaras dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dalam Bab 5, seksyen 33 menyatakan bahawa :-
 Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di :
(a) sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam
 perenggan 30(1)(a) dan (1) (b).

3.2 BPSH menguruskan penempatan murid lepasan SPM daripada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, Sekolah Menengah Swasta ke Tingkatan 6.

3.3 BPSH menyelaras pembukaan dan penutupan Sekolah Pusat Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan, pertambahan kelas Tingkatan 6 bagi Sekolah Pusat Tingkatan 6 sedia ada.



4.KAEDAH PELAKSANAAN DASAR


4.1 Pembukaan kelas Jurusan Sains/Sastera

Pembukaan kelas Jurusan Sains/Sastera adalah berdasarkan keperluan negeri mengikut lokasi sekolah dalam daerah yang sama. Unjuran dilakukan oleh negeri berdasarkan bilangan murid jurusan sains/sastera yang mengambil peperiksaan SPM bagi tahun sebelumnya. Jabatan Pelajaran Negeri akan membuat permohonan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) setiap tahun dan hanya boleh dibuka selepas mendapat kelulusan.

4.2. Pembukaan kelas Jurusan Sains/Sastera

Pembukaan kelas Jurusan Sains/Sastera adalah berdasarkan keperluan negeri mengikut lokasi sekolah dalam daerah yang sama. Unjuran dilakukan oleh negeri berdasarkan bilangan murid jurusan sains/sastera yang mengambil peperiksaan SPM bagi tahun sebelumnya. Jabatan Pelajaran Negeri akan membuat permohonan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) setiap tahun dan hanya boleh dibuka selepas mendapat kelulusan.

4.3 Penempatan Murid

i. Penempatan murid ke Tingkatan 6 bagi tahun semasa adalah berdasarkan kepada keputusan SPM tahun sebelumnya.
Penempatan murid Tingkatan 6 ke sekolah adalah berdasarkan syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 6 yang telah ditetapkan bagi jurusan Sains/Sastera. Prosedur kemasukan Murid layak masuk ke Tingkatan 6 daripada :

a. Calon daripada Sekolah Menengah Kerajaan
Tawaran diberikan secara automatik kepada warganegara sekiranya menepati   syarat kelayakan. Ditempatkan ke Sekolah Pusat Tingkatan 6 mengikut negeri.

b. Calon selain daripada murid Sekolah Menengah Kerajaan
 Murid calon sekolah swasta, calon persendirian dan warga asing
 perlu membuat permohonan ke Jabatan Pelajaran Negeri
 berkenaan tertakluk kepada kekosongan di sekolah di negeri
 tersebut.

ii. Penempatan murid ke Sekolah Pusat Tingkatan 6 bagi sesuatu negeri ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan diselaraskan oleh BPSH.


4.4 Penempatan Guru

Cadangan penempatan guru Tingkatan 6 dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berdasarkan kekosongan jawatan tersebut dan diselaraskan oleh BPSH. Urusan pelantikan dan penempatan guru Tingkatan 6 adalah di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.



5.TARIKH KUAT KUASA DASAR

Tarikh asal penubuhan kelas Tingkatan 6 tidak dapat dikenal pasti. Penempatan murid secara berpusat bermula tahun 2006 dan pewujudan jawatan hakiki guru tingkatan 6 bermula 1.1.08.

No comments:

Post a Comment