Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, September 10, 2012

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS)



PEKDIS adalah singkatan bagi Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula ditubuhkan pada tahun 2005.

Yang DiPertua PEKDIS yang pertama adalah Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Razak bin Draman, Pengarah, Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM. Alamat pertubuhan ini pada ketika itu ialah di Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.


Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk; 
  1. Merapatkan  ukuwwah  Islamiah  antara  semua  Guru  Pendidikan  Islam  (GPI),  meningkatkan  prestasi  perkhidmatan  dan  profesionalisma  GPI serta menjaga kebajikan GPI.  
  2. Menjalinkan  kerjasama  dengan  Jabatan  dan  Institusi  Pendidikan  dan  juga  dengan  badan badan  dakwah  dan  agensi-agensi  lain  bagi menjayakan Dasar Pendidikan  Kebangsaan.  
  3. Meningkatkan  kualiti  pengurusan  Pendidikan  Islam  dan  Dakwah  melalui  perkongsian  idea  dan pengalaman di semua peringkat.  
  4. Mendukung  dan  mengamalkan  prinsip-prinsip  falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah  Pendidikan Islam.  
  5. Membantu  pelaksanaan  aktiviti  dakwah  dan  kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah. 
  6. Menerima  derma,  tajaan  dan  sumbangan  dengan  syarat  telah  mendapat  kelulusan  Pendaftar  Pertubuhan  atau  lain-lain  agensi  yang berkaitan.  
  7. Merancang  dan  melaksanakan  program  dan  aktiviti-aktiviti  ekonomi  yang  boleh  meningkatkan  kewangan  di  cawangan-cawangan  PEKDIS  seluruh  negara  dengan  mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu. 
  8. Merancang  dan  melaksanakan  program  dan  aktiviti-aktiviti  yang  meliputi  perkhidmatan,  kebajikan  kepada  semua  ahli  dari  segi  pendidikan, kerjaya, dan kesihatan.  

No comments:

Post a Comment