Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, September 10, 2012

Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)


LATAR BELAKANG 

  1. Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) adalah idea dan hasrat YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin  Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan  Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5 C iaitu Murid  Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria. 
  2. Matlamat  modul  ini adalah untuk; melahirkan  murid  yang  memiliki  personaliti terpuji  dan  boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia  dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan  seharian,  mempunyai  ketahanan  diri  dalam  menghadapi  cabaran  hidup  serta  berusaha  meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma. 
  3. SUMUR telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Noh bin Omar Timbalan Menteri Pelajaran  Malaysia  pada  29  Oktober  2007  di  Sekolah  Agama  Menengah  Tanjung  Karang,  Kuala  Selangor, SELANGOR. 
  4. Berikutan  itu,  10  buah  sekolah  rintis  telah  terpilih melaksanakannya iaitu  SMKA  Maahad  Muar, JOHOR; SMKA Sultan Muhamad, MELAKA; SMKA Nibong Tebal, PULAU PINANG;  SMKA Naim Lil-Banat, KELANTAN; SMKA Sheikh Hj. Othman Wahab, SARAWAK; SABK  Imtiaz Dungun, TERENGGANU; SABK SAM Tanjung Karang, Kuala Selangor, SELANGOR;  SABK Maahad Al-Aziz, Parit, PERAK; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan, PAHANG dan SABK  SMA Al-Nahdah, Yan, KEDAH. 
  5. Mesyuarat Pemurnian Modul yang diadakan di Hotel Quality, Shah Alam, SELANGOR pada 
  6. 12  hingga  15  Mac  2008 dengan  berpandukan  kepada  program  rintis  yang dilaksanakan  kepada  10  buah  sekolah  sebelum  ini  memutuskan  empat  program  untuk  dilaksanakan  seterusnya iaitu Program Berbudi Bahasa; Program Mutadayyin; Program Penampilan Diri  dan Program Jati diri. 
  7. Mesyuarat  Pengurusan  Bahagian  Pendidikan  Islam  Bil.  2/2010  pada  8  Februari  2010 memutuskan Sumur diserahkan kepada Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam dan  program tersebut hendaklah dilaksanakan di semua SMKA dan SABK pada tahun 2010. 



PANDUAN PELAKSANAAN MODUL 
  1. Modul  Sahsiah  Unggul  Murid  (  SUMUR  )  ini telah  dimurnikan  semula  menjadi  empat  (4)  program utama iaitu Program Berbudi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan  Diri  dan  Program  Jati  Diri.  Ia  bertujuan  untuk  lebih  memudahkan  para  guru  untuk  melaksanakan modul ini. 
  2. Semua murid hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci pelaksanaan setiap  program agar setiap murid faham dan menyedari bahawa sesuatu program tersebut sedang  berlangsung dan mereka sedar bahawa mereka terlibat sama menjayakannya.  
  3. Penilaian bagi setiap program adalah mengikut kumpulan-kumpulan kecil murid (Kumpulan  Usrah)  bagi  meringankan tugas  guru.  Mentor  Guru selaku Murabbi  perlu  mengesahkan  penilaian  berdasarkan  borang  yang  telah  disediakan  (rujuk  Lampiran  1:  Rangkaian  Penggerak SUMUR). 
  4. Penilaian hendaklah dibuat sebanyak empat ( 4 ) kali iaitu dua minggu sekali bagi program  dalam masa dua bulan program itu berjalan (rujuk Lampiran 2: Contoh Jadual Penilaian). 
  5. Pemantauan bagi program pertama tetap diteruskan walaupun program kedua dan program  selanjutnya dilaksanakan. Penilaian Keseluruhan (rujuk Lampiran 3) akan dibuat oleh Naqib  (Mentor Murid) ke atas ahli usrah masing-masing pada hujung tahun (Oktober – November)  dan disahkan oleh Murabbi (Mentor Guru). 
  6. Laporan  pelaksanaan  program  hendaklah  dihantar  kepada urusetia  pada  bulan  Jun  dan  Disember ( dua kali setahun ).
  7. Sektor  Pembangunan  Nilai  dan  Akhlak,  Bahagian  Pendidikan  Islam,  KPM  selaku  urusetia  akan memantau dari semasa ke semasa tentang pelaksanaan program ini di semua SMKA  dan SABK.  



Modul Sumur 2011

No comments:

Post a Comment