Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, September 4, 2012

Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB)


Visi Sekolah
Sekolah Seni Johor Bahru institusi kecemerlangan Seni Budaya Bangsa yang berilmu di rantau Asia Tenggara 2012

Misi Sekolah
  • Mengasah bakat yang sedia ada dengan mengembangkan potensi seni dalam kalangan murid
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dengan kerjasama pelbagai institusi dan pengiat seni
  • Berusaha mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah seiring dengan bakat dan potensi seni murid.

Sejarah Sekolah

Cadangan penubuhan Sekolah Seni Johor Bahru telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004 yang diadakan di Hotel KLIA Sepang pada 30 Okt. hingga 1 Nov. 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni di bawah Rancangan Malaysia Ke- 9 iaitu di Negeri Sarawak dan Johor. Sekolah ini beroperasi di premis sementaranya di SMK Mohd Khalid Johor Bahru pada tahun 2007 dibawah pentadbiran pengetua SMK Mohd Khalid .
Tahun 2008 sekolah ini telah beroperasi dengan pentadbiran sendiri namun masih menumpang bangunan SMK Mohd Khalid.
Sekolah ini ditadbir oleh Tuan Haji Ishak bin Mahbob selaku pengetua yang pertama sehingga pertengahan tahun 2008 sebelum diambil alih oleh pengetua sekarang iaitu Cik Hajah Rohana binti Ismail.


Logo Sekolah

 
Reka cipta :
En Ahmad Khairulanuar Rahimey bin Rahim
(Jurulatih Tari )

KUNING membawa maksud kegemilangan dan kedaulatan budaya bangsa yang diwarisi

MERAH membawa maksud keyakinan dan daya juang yang tinggi.

PUTIH membawa maksud kesucian budaya, kesenian dan adat resam bangsa Malaysia.

BIRU membawa maksud keharmonian masyarakat majmuk yang terdapat di sekolah ini.

PERKATAAN ‘SENI’ DALAM TULISAN JAWI

Menjadi tunjang kepada pembentukan jati diri pelajar; warisan bangsa yang hakiki.

PERKATAAN ‘SENI’ YANG BERALUN

Membawa pengertian daripada;

- PERSPEKTIF SENI VISUAL -Menggambarkan bulu berus yang

menjadi alatan utama dalam penghasilan karya seni visual. Layangan

yang menghasilkan seni yang indah.

- PERSPEKTIF SENI TEATER -Menggambarkan emosi pelaku yang

bersemangat waja untuk mencapai kegemilangan.

- PERSPEKTIF SENI MUZIK-Menggambarkan alat muzik gambus;

pelajar yang sentiasa berdaya kreatif dan ekspresif.

- PERSPEKTIF SENI TARI-Menggambarkan pergerakkan dan penji

waan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kesenian.

BENTUK GEOMETRI (BULATAN)

Diumpamakan sebagai ‘DUNIA’ yang membawa maksud Falsafah Pendidikan Kesenian bukan sahaja menitikberatkan warisan bangsa bahkan menjadikan murid di sekolah ini menyahut cabaran global.

‘DUNIA’

Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kesenian, bukan hanya mewarisi budaya bangsa

bahkan menjadi aset untuk memperkenalkan negara ke mata dunia.

Kesenian lazimnya menjadi identiti yang membezakan satu negara dengan negara yang

lain.

Selain itu, kemajuan dan kepesatan pembangunan negara menjadi penyumbang kepada

rakyatnya terutama murid di sekolah ini untuk menguasai pengetahuan di peringkat

antarabangsa.

Menjalinkan hubungan kesenian hingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya

menjadikan murid di sekolah ini nilai yang diiktiraf di mata dunia.

SIMBOL KELAJUAN DAN BERTANGGA

Diumpamakan perjalanan kehidupan murid untuk menggapai kecemerlangan.

‘EXCELLENT SPEED’

Sekolah ini juga menitikberatkan tentang kemajuan dan kecanggihan teknologi yang

berteraskan ICT selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Segala input tambahan

murid diperoleh di dalam dunia ICT yang mudah dan menyeluruh.

Selain itu, ‘kelajuan cemerlang’ ini juga melambangkan sikap murid yang sentiasa

bersatu untuk mengejar kecemerlangan dan peluang yang sedia ada.

‘GOLDEN STEP’

Imej seperti anak tangga ini melambangkan kehidupan murid di sekolah ini yang bermula

dari bawah seterusnya melangkah dengan daya usaha mereka sendiri untuk sampai ke

kemuncak kegemilangan.

menyemaikan sikap murid yang sentiasa merendah diri dan sentiasa bersopan santun

sejajar dengan identiti budaya masyarakat timur.

PERKATAAN MELENGKUNG NAMA SEKOLAH

Penegasan tentang nama sekolah yang diidentitikan.

LENGKUNGAN GLOBAL

Perkataan Sekolah Seni Johor Bahru yang melengkung memegang asas ungkapan Melayu

“Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’. Bersesuaian dengan pengambilan murid dari

usia yang muda untuk lebih mudah dibimbing dan dididik.

Penggunaan ‘font Niagara Solid’ membawa maksud yang sungguh dinamik. Pemilihan

‘font’ ini menjadi tunjang kekuatan, keteguhan, bersedia menghadapi renjatan paradigma,

dan menekankan kekemasan dan ketelitian untuk menunjukkan imej Sekolah Seni Johor

Bahru.

Impian untuk membawa nama sekolah ini di persada antarabangsa dengan menyertai

setiap aktiviti atau program bersama institusi pendidikan kesenian di luar negara.

PERKATAAN MELENGKUNG MOTTO SEKOLAH

Satu kata-kata keramat yang sentiasa tersemat di sanubari warga Sekolah Seni Johor

Bahru.; ‘Pewaris Budaya Bangsa’.

LENGKUNGAN WARISAN

Motto ‘Pewaris Budaya Bangsa’ yang melengkung memegang asas ungkapan Melayu

“Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’. Bersesuaian dengan pengambilan murid dari

usia yang muda untuk lebih mudah dibimbing dan dididik. Hasrat untuk menjadikan

murid-murid di sekolah ini pewaris kesenian, budaya dan adat resam yang menjadi

kebanggaan seluruh warga Malaysia.

Penggunaan ‘font Niagara Solid’ membawa maksud yang sungguh dinamik. Pemilihan

‘font’ ini menjadi tunjang kekuatan, keteguhan, bersedia menghadapi renjatan paradigma,

dan menekankan kekemasan dan ketelitian untuk menunjukkan imej Sekolah Seni Johor

Bahru.

Hasrat yang murni untuk mewarisi dan menjadi amalan supaya tidak lapuk dek hujan dan
tak lekang dek panas.

 

No comments:

Post a Comment