Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, September 3, 2012

SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA)


Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.

Objektif
  • Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.
  • Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.
  • Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam.
Keanggotaan
Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berusia 18 tahun ke atas.
  3. Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan ).
  4. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
  5. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS.
  6. Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia.
  7. Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan.
Bayaran Elaun
  • Anggota Kor SISPA yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan yang di anjurkan oleh Jabatan Pertahanan Awam. Latihan tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum di IPTA/ IPTS.
  • Pegawai Penyelaras adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
  • Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti kokurikulum Kor SISPA akan dibayar oleh pihak universiti mengikut kadar IPTA/ IPTS masing-masing.
Sukatan Latihan
  1. Pihak Pengurusan IPTA/IPTS adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor SISPA selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
  2. Anggota Kor SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya
  3. Pada semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.
  4. Pada semester keempat iaitu semester terakhir dan SISPA telah tamat dengan jayanya, mereka akan mendapat Sijil Tamat SISPA.
  5. Pelajar yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka perlu bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda.
  6. Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan pelajar mendapat 1 jam kredit yang diiktiraf oleh IPTA/ IPTS.
Penilaian berterusan - 70%
Peperiksaan akhir - 30%
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut sila Hubungi :
Mohamad Azri bin Abu Hassan 
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871432
Email : mazri@civildefence.gov.my

No comments:

Post a Comment