Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

Smart Support Team


PASUKAN SUKARELAWAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SMART SUPPORT TEAM MINISTRY OF EDUCATION (SST MOE)

1.         PENYATAAN DASAR
 Memberikan bantuan bimbingan dan kaunseling kepada semua kanak-kanak mangsa  di pusat-pusat penempatan semasa berlaku bencana alam.

2.         PUNCA KUASA
    • Minit Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin di Hotel Grand Continental, Terengganu pada 1 Oktober 2008, yang dipengerusikan oleh YB Dato Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; memutuskan Bahagian Sekolah,Pelajaran Malaysia hendaklah menubuhkan Pasukan SST MOE bagi mengembeling tenaga sukarelawan dari KPM untuk membantu semasa bencana alam.
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/08 Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan Baru. Bil. KP(BS/Dsr) 201/002/1(01) bertarikh 17 Disember 2008

3.         TUJUAN
            Fokus kerja oleh SST MOE adalah kepada kanak-kanak, melainkan diarahkan oleh   Menteri Pelajaran Malaysia.

4.         TUJUAN UTAMA SST MOE ADALAH:
    • Membantu mangsa-mangsa bencana alam khususnya murid dan kanak-kanak.
    • Membantu mangsa bencana alam dengan menjadi petugas di pusat-pusat penempatan kerana kepakaran mengurus ada di kalangan guru dan kebanyakan  pusat pemindahan adalah di sekolah.
    • Membantu mengumpul dana dan barangan keperluan mangsa bencana alam yang boleh diperolehi di kalangan warga pendidikan seperti pakaian, selimut, buku-buku dan lain-lain dari kalangan warga pendidikan.
    • Menjalankan aktiviti bagi murid yang terlibat di pusat penempatan bencana alam seperti sesi kaunseling individu dan  kelompok, kaunseling trauma, kaunseling keluarga serta aktiviti am seperti pertandingan melukis dan lain-lain  yang boleh mengisi masa lapang murid mangsa dengan berfaedah serta terancang.
    • Mengembeling dan menyelaraskan tenaga sukarelawan di kalangan warga pendidik amnya.
    • Memaksimakan kemahiran dan tenaga pakar GBKSM untuk kesejahteraan kanak-kanak Malaysia selaras dengan kehendak Hak Asasi Manusia (Childs Right Convension) yang diterima oleh kerajaan Malaysia.

5.         KRITERIA PERLAKSANAAN
    • Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mendaftar melalui MGKK untuk di daftar selaku sukarelawan SST MOE.
    • Pendaftaran seramai 10 orang sukarelawan bagi setiap PPD : selaku peneraju di peringkat daerah.
    • Latihan SST MOE dijalankan bersama oleh Mercy Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan.
    • SST MOE bergerak atas logo, uniform dan matlamat yang telah di tetapkan.
    • SST MOE akan melaporkan setiap bantuan, keperluan dan lain-lain maklumat bencana alam semasa kepada Menteri Pelajaran Malaysia.
    • SST MOE akan dipantau dan dibantu pentadbiran melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (KPM), oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di JPN dan PPD.
    • SST MOE akan bertugas bagi membantu semasa bencana alam dalam negara, dan bersedia memberikan bantuan ke luar negara jika di arahkan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia.

6.         TARIKH KUAT KUASA
            8 November 2008.

No comments:

Post a Comment