Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

Kemasukan Bawah Umur Ke Sekolah

KEMASUKAN AWAL KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1

1.         PENYATAAN DASAR

Kemasukan awal kanak-kanak di bawah umur ke Tahun 1 pada setiap tahun persekolahan berdasarkan permohonan daripada ibu bapa. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mempertimbangkan permohonan kemasukan awal bagi kanak-kanak warganegara Malaysia  di bawah umur  yang lahir mulai 2 Januari hingga 15 Januari yang mencapai umur hampir genap 6 tahun pada tahun persekolahan berkenaan yang memenuhi syarat.

2.         TUJUAN

2.1       Memperjelaskan dasar kemasukan murid ke sekolah kerajaan dan  bantuan kerajaan.
2.2       Sebagai satu keistimewaan kepada kanak-kanak di bawah umur yang mencapai tahap munasabah dari segi 'mental and reading age'.

3.         PELAKSANAAN  DASAR

            3.1       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998
            3.2       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001 bertarikh 22 Mac 2001
            3.3       Surat Siaran Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, rujukan: KP(BS/PSR)8502/03/005/Jld.22 (10) bertarikh 5 Mac 2003

4.         KAEDAH PELAKSANAAN

            4.1       Telah mengikuti kelas tadika 
   4.2       Mencapai tahap yang munasabah dari segi ‘mental and reading age’
            4.3       Menghadiri sesi temuduga yang dikendalikan oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri bagi memastikan kesahihan perkara 4.1 dan 4.2;  
            4.4       Terdapat kekosongan tempat di sekolah yang dipohon. Pertimbangan permohonan adalah berdasarkan merit ’case by case’ dan 
                          4.5       Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran    Negeri berkenaan dengan menyertakan bersama sijil lahir, surat pengesahan sekolah tadika dan laporan kemajuan 
                        murid yang telah disahkan. 
 
                          4.6       Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah memanjangkan semua permohonan dan sokongan termasuk perkara 4.4 dan 4.5 serta sokongan Y.Bhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan kepada Pengarah
                        Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia ( u.p. Ketua Penolong Pengarah, Sektor pengurusan Sekolah Rendah )
 
                          4.7       Semua permohonan kemasukan murid di bawah umur ke Tahun 1 hendaklah diproses oleh Jabatan Pelajaran negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran
                        Malaysia untuk pertimbangan. 
 
                          4.8       Keputusan Jawatankuasa Penilaian Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

5.         TARIKH KUAT KUASA

            7 Mei 1998

No comments:

Post a Comment