Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, October 26, 2012

New Deal / Bai’ah Baru


Kerajaan telah memperkenalkan Bai’ah Baru atau New Deal dengan menawarkan ganjaran kewangan dan bukan kewangan kepada pemimpin dan pasukan pengurusan sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang. Tujuan diperkenalkan Bai’ah Baru ini ialah untuk memastikan setiap sekolah ditadbir secara profesional bagi meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah.

          Pihak Kementerian akan menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh Pengetua dan Guru Besar di sekolah masing-masing pada setiap tahun penilaian bedasarkan lima aspek iaitu pencapaian akademik, kokurikulum, disiplin, iklim sekolah dan kepimpinan. Sasaran yang ditetapkan perlu dipersetujui secara bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Pengetua atau Guru Besar.

No comments:

Post a Comment