Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, October 26, 2012

Sekolah Berwatak


KONSEP sekolah berwatak atau beridentiti yang cuba diwujudkan semula oleh Kementerian Pendidikan mampu menghalang para pelajar daripada terlibat dengan pelbagai gejala negatif.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah berkata, sekolah yang terkenal dengan keistimewaan tersendiri akan menjadikan para pelajar bangga serta sekaligus menghalang mereka daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nama baik sekolah.

''Jika sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri, para pelajar akan merasa bangga dan tidak bertindak di luar batasan seperti membakar sekolah umpamanya.

''Lagipun, tujuan bersekolah bukan semata-mata untuk mendapatkan sijil dan ijazah, tetapi juga kemahiran sosial yang mana ia boleh didapati melalui konsep sekolah beridentiti ini,'' katanya.

Menurut Dr. Abdul Shukor, konsep sekolah beridentiti juga penting untuk membolehkan para pelajar turut mempunyai kemahiran sosial apabila tamat sekolah.

Katanya, kita tidak perlu terkongkong dengan kejayaan akademik semata-mata kerana dunia pekerjaan turut mementingkan identiti selain kelulusan.

''Tempat yang paling sesuai untuk melatih kemahiran sosial serta menzahirkan identiti adalah sekolah.

''Jadi, kita mahu setiap sekolah menzahirkan personaliti tersendiri sebagai mana sekolah dulu-dulu seperti Sekolah Tuanku Bainun terkenal dengan orkestra, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Sekolah King Edward terkenal dengan dengan rugbi dan sebagainya,'' ujar
beliau.

Bagaimana pun, katanya, kebanyakan sekolah di seluruh negara hari ini tidak mempunyai identiti serta memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

''Sikap masyarakat hari ini yang terlalu mementingkan kejayaan akademik menjadikan sekolah tidak dapat mencipta watak atau identiti masing-masing.

Dalam usaha membantu sekolah mewujudkan identiti masing-masing, sebanyak 124 pertandingan antara sekolah telah dan akan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang tahun ini.

''Kementerian telah diberi peruntukan sebanyak RM18 juta menganjurkan pelbagai pertandingan dan program sepanjang tahun ini dalam usaha mewujudkan lebih banyak sekolah beridentiti.

''Antaranya ialah konsert Kementerian Pendidikan, pelbagai pertandingan antara sekolah-sekolah seperti bola sepak, tarian dan ia telah dimulakan sejak tahun lepas,'' ujar beliau.



No comments:

Post a Comment