Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 25, 2011

E-Laporan

PENGENALAN

Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ialah pengisian data prestasi murid-murid j-QAF sebanyak empat kali setahun yang dihantar pada bulan Mac, Jun, Ogos, dan Oktober.

KEPENTINGAN

Pencapaian murid dalam pelaksanaan Program j-QAF amat penting untuk dilaporkan kerana :

(i). Memastikan pencapaian murid seluruh negara diselaraskan secara terancang dan tersusun.

(ii). Guru dapat mengenal pasti murid yang belum berjaya menguasai semua kemahiran yang dicadangkan bagi setiap elemen dalam Program j-QAF.

(iii). Guru dapat mengambil tindakan susulan terhadap murid yang belum menguasai kemahiran yang dicadangkan.

(iv). Pencapaian dan pelaksanaan Program j-QAF dibuat secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bukannya berasaskan peperiksaan (Exam Oriented), oleh itu pelaporan perlu dibuat secara terperinci dan berterusan supaya penghayatan guru dan murid sentiasa dapat dinilai dan dikenalpasti.

(v). Pelaksanaan Program j-QAF yang berperanan sebagai memperkasakan Pendidikan Islam diambil kira dalam Pelaksanaan Teras ke 3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

No comments:

Post a Comment