Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 25, 2011

Sistem Pemantauan Pengurusan Sekolah Akhir Tahun Dan Awal Tahun (Dblat)

Sistem Pemantauan Pengurusan Sekolah Akhir Tahun Dan Awal Tahun (Dblat)

PENDAHULUAN

Sekolah mula bercuti pada bulan November.

Murid-murid bercuti panjang selama 50 hari.

Sesi persekolahan baru dibuka pada awal Januari setiap tahun

Sekolah hendaklah berada dalam keadaan 100 % bersedia.

Di samping itu keadaan sekolah teratur, kemas, dan bersih akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan ibu bapa dan masyarakat terhadap institusi pendidikan.

MATLAMAT

Adalah menjadi matlamat Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia supayapengurusan sekolah di negara berada dalam keadaan yang cemerlang dengan proses pembelajaran dimulakan di hari pertama sesi persekolahan tanpa sebarang gangguan.

OBJEKTIF

· Memastikan setiap sekolah mempunyai perancangan yang strategik mengenai pengurusan sekolah semasa cuti panjang persekolahan.

· Memastikan pengurusan sekolah telah mengambil langkah-Langkah wajar untuk mengatasi sebarang kekangan yang ada sebelum sesi baru persekolahan.

· Memastikan tahap persediaan dan kesediaan pengurusan hari pertama persekolahan.

· Mengetahui status proses pengajaran dan pembelajaran murid pada minggu pertama persekolahan.

· Semua dasar sedia ada Kementerian Pelajaran Malaysia diambil kira semasa membuat rancangan tahunan sekolah.

No comments:

Post a Comment