Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 25, 2011

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

PENDAHULUAN

Bahagian ini bertujuan menjelaskan tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan tugas, agihan kemahiran, kaedah pengajaran dan pembelajaran, penilaian serta modul pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi j-QAF.

TAKRIF

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang belum menguasai dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

OBJEKTIF

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut, menulis huruf-huruf tunggal, serta membaca suku kata terbuka dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata tersebut.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Memastikan Unit j-QAF di bawah Panitia Pendidikan Islam dipengerusikan oleh Guru Besar.

Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut:

· Mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

· Penyediaan tempat yang sesuai bagi pelaksanaan kelas pemulihan jawi.

· Penyediaan bahan bantu mengajar.

Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan.

Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.

Menjalankan Ujian Pengesanan sebelum murid mengikuti kelas Jawi sedia ada.

Murid kelas biasa yang gagal dalam ujian pengesanan akan di masukkan ke Kelas Pemulihan Jawi.

No comments:

Post a Comment