PENDAHULUAN
Model tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain. Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik Khatam Al-Quran dan cara pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
TAKRIF
Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.
OBJEKTIF
Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.
2. Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah.
3. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru tasmik.
4. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.
5. Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam
6. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.
8. Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.
9. Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan individu.
10. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan.
11. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan.
12. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa- masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti:
a. Waktu petang bagi sesi pagi
b. Waktu pagi bagi sesi petang
c. Waktu Kokurikulum
13. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.
No comments:
Post a Comment