Pages

Pages

Pages - Menu

Monday, July 25, 2011

Sistem Pertukaran Guru Antara Negeri On-line (e-GTukar)


Mengapa pertukaran secara on-line (e-GTukar)?

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

Latar Belakang

  • Permohonan pertukaran antara negeri dipohon secara manual yang akan dihantar melalui Pengetua, PPD, JPN dan seterusnya Bahagian-Bahagian yang terlibat.
  • Keputusan kelulusan kemudian akan umumkan melalui Portal KPM (semakan permohonan)

Skop

  • Skop e-GTukar adalah melibatkan pertukaran guru dari satu negeri ke negeri yang lain dan dari bahagian ke bahagian.
  • Permohonan pertukaran ini melibatkan guru-guru di bawah kawalan

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Sekolah Berasrama Penuh

Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan

Jabatan Pendidikan Teknikal

Jabatan Pendidikan Islam & Moral

  • Jenis guru-guru yang terlibat membuat permohonan adalah

GURU AKADEMIK BIASA

GURU AGAMA

GURU PENDIDIKAN KHAS

GURU TEKNIK

GURU TEKNIK (LKTK)

GURU MPV

GURU VOKASIONAL

GURU BIMBINGAN / KAUNSELOR

  • Jenis kumpulan sekolah-sekolah yang terlibat dalam skop pertukaran adalah :-

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SMK - Sekolah Men Kebangsaan

SMKA - Sekolah Men Keb Agama

SMPK - Sekolah Men Pend. Khas

SMT - Sekolah Men Teknik

SS - Sekolah Sukan

SR - Sekolah Ren

SRPK - Sekolah Ren Pendidikan Khas

  • Semua guru-guru yang mempunyai taraf jawatan (di dalam sistem EMIS) layak memohon:

CBA - TETAP DALAM TEMPOH PERCUBAAN

STL - SANDARAN TERLATIH

TPC - TETAP DAN BERPENCEN

TTP - TETAP DAN KWSP

  • Syarat

UMUM

  • Semua pengguna perlu membuat pendaftaran sebelum memasuki sistem.
  • Proses aliran permohonan adalah merujuk kepada Jenis Kumpulan Sekolah Asal, Jenis Sekolah Asal, Jenis Kumpulan Sekolah dipohon dan Jenis Guru.
  • Guru sekolah menengah hanya dibenarkan membuat pertukaran ke sekolah menengah sahaja dan begitu juga untuk guru sekolah rendah.
  • Bagi Semua Jenis Guru yang bertukar dari Sekolah Khas ke Sekolah Khas, urusan Pertukaran akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Khas.

PEMOHON

  • Pemohon perlu mendaftar untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali dalam setiap sesi permohonan.
  • Pemohon tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah menghantar borang permohonan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan lain pada sesi berikutnya setelah gagal pada sesi sebelumnya.
  • Pemohon hanya boleh membuat permohonan dalam tempoh sesi permohonan yang ditetapkan.

PEGAWAI KAUNTER

  • Pegawai Kaunter perlu mendaftar untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat tindakan permohonan pemohon.
  • Pegawai Kaunter tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah menghantar borang permohonan pemohon.
  • Pegawai Kaunter hanya boleh membantu pemohon membuat permohonan dalam tempoh sesi permohonan yang ditetapkan.

PEGAWAI PENGESAH

  • Pegawai Pengesah perlu mendaftar untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat pengesahan.
  • Pengetua tidak dibenarkan untuk memohon pertukaran melalui e-GTukar.
  • Pengetua tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah membuat pengesahan.
  • Pegawai Pengesah hanya boleh membuat pengesahan dalam tempoh sesi pengesahan yang ditetapkan sahaja.

PEGAWAI PENGESAH (samb.)

  • Sistem mengambil kira pegawai pengesah dikalangan Pengetua/Guru Besar/ Penolong Kanan 1, Penolong Kanan 2, Penolong Kanan 3 atau Penyelia Petang mengikut jawatan tertinggi.
  • Mana-mana jawatan di atas yang mendaftar ke dalam sistem terlebih dahulu, mereka akan dikira sebagai pegawai pengesah.
  • Sekiranya jawatan yang lebih tinggi mendaftar, maka pegawai pengesah yang terdahulu akan terbatal menjadi pegawai pengesah.

PEGAWAI PENYEMAK

  • Pegawai Penyemak perlu mendaftar untuk mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat semakan.
  • Pegawai Penyemak tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah membuat semakan sekiranya Pegawai JPN Penerima telah membuat tindakan.

PEGAWAI JPN PENERIMA

  • Pegawai JPN Penerima perlu mendaftar untuk mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat semakan.
  • Pegawai JPN Penerima tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah membuat semakan sekiranya Pegawai Pelulus telah membuat tindakan.

PEGAWAI PELULUS I

  • Pegawai Pelulus I perlu mendaftar untuk mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat tindakan.
  • Pegawai Pelulus I tidak dibenarkan membuat pengemaskinian setelah membuat kelulusan pertama sekiranya Pegawai Pelulus II telah membuat tindakan.

PEGAWAI PELULUS II

  • Pegawai Pelulus II perlu mendaftar untuk mendapat ID Pengguna dan Kata Laluan sebelum membuat tindakan.

No comments:

Post a Comment