Sejarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran. Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada ketika itu memperoleh bangunannya sendiri yang terletak di Damansara. Pada tahun 1977, PPK berpindah ke lokasi baru iaitu di Pesiaran Duta, Kuala Lumpur sehinggalah 31 Disember 2004. Mulai 1 Januari 2005, PPK beroperasi di bangunan barunya iaitu di Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun 2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)  kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). 
Latarbelakang
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan mendapat:
Dokumen Standard Kurikulum atau Bahan Sokongan Kurikulum dalam masa 15 hari selepas diterbitkan.
Khidmat kepakaran dan rundingcara berkaitan kurikulum dalam tempoh 5 hari bekerja.
Kursus Orientasi atau Pendedahan Kurikulum dalam masa 5 hari bekerja.
Sebarang maklum balas kurikulum dalam tempoh 3 hari bekerja selepas cadangan diterima.
Visi
Menghasilkan Kurikulum yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.
Misi
Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara.
Fungsi dan Tanggungjawab
Fungsi Utama
    menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan
    menyebar dan melaksanakan kurikulum
    mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum
    menyediakan bahan sokongan kurikulum
    menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum
Objektif
Membina dan mengembangkan kurikulum sekolah ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Struktur Organisasi
SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN
    Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia 
    unit Kewangan dan Pembangunan
    Unit Pengurusan Komunikasi Kurikulum
    Unit Pembangunan Staf
    Unit Percetakan
SEKTOR BAHASA DAN KESUSASTERAAN
    Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
    Unit Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris
    Unit Bahasa Cina
    Unit Bahasa Tamil
    Unit Bahasa Etnik
    Unit Bahasa Antarabangsa
SEKTOR SAINS DAN TEKNOLOGI
    Unit Sains Elektif
    Unit Sains Teras
    Unit Matematik Rendah
    Unit Matematik Menengah
SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN 
    Unit Dasar
    Unit Penilaian
    Unit Projek Khas
SEKTOR ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
    Unit Prasekolah
    Unit TASKA
    Unit Asuhan
    Unit Program Khas
SEKTOR SAINS SOSIAL
    Unit Sejarah dan Kajian Tempatan
    Unit Geografi dan Alam Sekitar
    Unit Pendidikan Ekonomi
    Unit Pendidikan Moral
    Unit Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
    Unit Pra Sekolah dan Permata
SEKTOR PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
    Unit Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    Unit Pengurusan Maklumat dan Sistem
SEKTOR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
    Unit Kejuruteraan Awam
    Unit Pertanian
    Unit Ekonomi Rumah Tangga
    Unit Perdagangan
    Unit Kejuruteraan Teknologi
    Unit Kejuruteraan Elektrik
    Unit Kejuruteraan Mekanikal
    Unit Reka Bentuk dan Teknologi
SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN
    Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
    Unit Pendidikan Kesihatan
    Unit Pendidikan Seni Visual
    Unit Pendidikan Muzik
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
    Unit Masalah Penglihatan
    Unit Masalah Pendengaran
    Unit Masalah Pembelajaran
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
    Unit j-QAF
    Unit Pendidikan Islam Rendah
    Unit Pendidikan Islam Menengah
    Unit Pendidikan Islam Elektif
    Unit Bahasa Arab
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum

No comments:
Post a Comment