Pengenalan
Bahagian Pendidikan Guru atau singkatan BPG ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program Pendidikan Perguruan Pra-perkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.
Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan kepada tiga fungsi. BPG merupakan satu bahagian dalam fungsi Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan memantau Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
Visi
Guru Berkualiti Penjana Modal Insan Cemerlang
Misi
Melaksanakan Pembangunan Guru Berkualiti Secara Kontinum
Moto
Melestari Kualiti Guru
Piagam Pelanggan
Kami Warga BPG Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Menumpukan Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada kursus-kursus Peningkatan Profesionalisme guru yang dirancang dalam Pelan Operasi Latihan Tahunan dapat dilaksanakan setiap tahun;
Memastikan perjanjian pendidikan guru dapat dilaksanakan 100% dalam tempoh 60 hari selepas pelajar mendaftar di Institut Pengajian;
Menguruskan pengambilan calon guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dalam tempoh 90 hari bekerja selepas pengiklanan;
Memaklumkan calon guru yang berjaya mengikuti latihan di IPG dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
Memastikan sekurang-kurangnya 80% penyelidikan dan penilaian program BPG dapat disempurnakan setiap tahun;
Memastikan kertas dasar/cadangan latihan pra dan dalam perkhidmatan disediakan sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum sesuatu program dilaksanakan;
Memastikan sekurang-kurangnya 90% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme untuk pembangunan kompetensi kakitangan yang dirancang dapat dilaksanakan setiap tahun;
Membekalkan data latihan guru kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan;
Memastikan pembayaran bil, baucer dan tuntutan perjalanan yang diterima diproses dalam tempoh tidak melebihi 14 hari;
Memastikan tindakan diambil terhadap aduan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.
Mengeluarkan pelaporan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan hasil laporan audit dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Audit Dalaman dijalankan.
Struktur Organisasi
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
Unit Pembangunan Profesionalisme Guru (PPG)
Sub Unit Latihan Peningkatan Bidang Pengkhususan
Sub Unit Latihan Profesionalisme
Sub Unit Latihan Program Khas
Sub Unit Kejurulatihan
Unit Data dan Pengurusan Maklumat (DPM)
Sub Unit Data
Sub Unit Pembangunan Aplikasi
Sub Unit ICT
Sub Unit Pusat Sumber
Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi
Sub Unit Latihan dan Kursus Induksi
Sub Unit Pembangunan Kompetensi
Sub Unit Peningkatan Akademik
Unit Dasar, Perancangan Dan Pengantarabangsaan
Sub Unit Dasar
Sub Unit Perancangan
Sub Unit Penyelidikan
Sub Unit Hubungan Antarabangsa
SEKTOR PENGURUSAN & GOVERNAN
Unit Pembangunan, Bekalan dan Kewangan
Sub Unit Pembangunan
Sub Unit Bekalan
Sub Unit Kewangan
Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar
Sub Unit Pengurusan Permohonan
Sub Unit Ujian Kelayakan
Sub Unit Temu Duga
Sub Unit Pemilihan Dan Tawaran
Unit Standard Kualiti Guru
Sub Unit Standard Guru dan Program
Sub Unit Verifikasi
Sub Unit Kualiti Guru
Unit Khidmat Pengurusan
Sub Unit Perjawatan & Naziran
Sub Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran
Sub Unit Tadbir Urus dan Tatatertib
Sub Unit Aset
Sub Unit Pengurusan Kualiti
Urus Setia Sabah
Urus Setia Sarawak
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pendidikan Guru
No comments:
Post a Comment