Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pengurusan Maklumat

Visi

Menjadi Penyedia Penyelesaian ICT Bersepadu bagi Menyokong Pengurusan dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia


Misi

Menyediakan Sistem Maklumat dan Kemudahan ICT yang Efektif bagi Menyokong Pengurusan dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia


Objektif

  1. Menentukan hala tuju, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif ICT melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM.
  2. Menyediakan sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan, efektif dan efisien.
  3. Menguruskan sistem pemprosesan peperiksaan awam dan kemasukan ke Institusi Pendidikan Awam secara efektif.
  4. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan ICT yang selamat, dipercayai dan tersedia.
  5. Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang efektif.


Fungsi

  1. Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Kementerian
  2. Membangun, melaksana dan menyenggara, sistem aplikasi / sistem maklumat organisasi.
  3. Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT.
  4. Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT.
  5. Memantau, mengurus dan menilai pentadiran, perkhidmatan dan kewangan.


Piagam Pelanggan

Kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

Membangunkan aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui bersama dengan pelanggan dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan mengikut kompleksiti.

Melaksanakan pemprosesan :-

  • Peperiksaan awam selewat-lewatnya 5 hari sebelum keputusan diumumkan; dan
  • Pemilihan dan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan tingkatan 6 selewat-lewatnya 5 hari sebelum semakan tawaran online dikeluarkan.

Memastikan aduan yang diterima melalui Meja Bantuan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.

Memastikan perkhidmatan Rangkaian Wide Area Network berdasarkan jaminan tahap ketersediaan 99%.

Menyediakan perkhidmatan Pusat Data berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut :-

  • Ketersediaan Pusat Data di Ibu Pejabat dengan 99%.
  • Ketersediaan Pusat Data Pengehosan Web dengan 99%.


Struktur Organisasi

Unit Pengurusan Teknikal

Unit Pengurusan Dasar dan Keselamatan ICT

Unit Pengurusan Rangkaian dan Komunikasi

Unit Kualiti dan Naziran Aplikasi

Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran

Unit Aplikasi Pengurusan Pendidikan

Unit Aplikasi Peperiksaan

Unit Pengurusan Pusat Data dan Khidmat Sokongan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pengurusan Maklumat

No comments:

Post a Comment