Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)


Pengenalan
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:
i. Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii. Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Objektif
Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:
Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti;
Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid;
Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan; dan
Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

Visi
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul

Misi
Memperkasakan PTV melalui pelaksanaan program yang berkualiti.

Fungsi Utama
Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional.
Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional
Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan dan keperluan pengoperasian sekolah
Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT) pendidikan teknikal dan vokasional
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Bahagian dan SMT/SMV.

Piagam Pelanggan BPTV
Kami, warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami ke arah merealisasikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang cekap dan berkesan. Kami berjanji akan:
Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
Mengeluarkan surat penempatan / pertukaran guru 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
Menyediakan laporan hasil pemantauan kepada sekolah dalam tempoh 21 hari bekerja selepas pemantauan;
Menghantar Surat Akuan Terima dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penerimaan surat/dokumen;
Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap serta disemak oleh Pusat Penyenggaraan Alat (PPA) diterima.

Struktur Organisasi
Pengoperasian Sekolah
Pengurusan Akademik
Pembangunan PTV
Pembangunan Kejurulatihan PTV
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

No comments:

Post a Comment