Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, November 11, 2011

HAL EHWAL MURID


JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH

Panduan Pengurusan Sepanjang Tahun:

Perjumpaan Jawatankuasa Badan Disiplin Dan Pengawas.

Merancang tugas dan kegiatan pengawas sepanjang tahun.

Berusaha menyebarkan undang-undang dan peraturan sekolah.

Tindakan susulan tugas jawatankuasa dan jadual pengawas.

Rekod murid bermasalah dan hantar ke unit kaunseling.

Perjumpaan bulanan.

Kegiatan kebajikan.

Ceramah dan bimbingan.


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Garis Panduan Tugas :

Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.

Merekod bermasalah.

Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling

Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.

Mengadakan ceramah khas dari luar.


JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )

Garis panduan tugas :

Menentukan murid yang layak mendapatkan buku teks.

Mengawal selia buku stok.

Memfailkan borang SPBT dengan baik.

Mendedahkan peraturan kepada murid mengenai penggunaan buku teks.

Membaiki buku rosak dan menjalankan hapus kira bila cukup tempohnya.

Mengadakan pemeriksaan tentang penggunaan buku teks.


JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID ( RAWATAN )

Tugas yang perlu diselesaikan:

Memastikan murid tahun satu mempunyai rekod kesihatan.

Penjagaan peti ubat sekolah.

Membantu unit perubatan dan rawatan yang datang membuat rawatan.

Membantu pihak sekolah menghantar murid sakit ke hospital, klinik dan rumah.

Menentukan semua murid selamat semasa berada di sekolah.


RMT DAN PSS (RAN. MAKANAN TAMBAHAN & PROJEK SUSU SEKOLAH )

Tugas dan pengurusan RMT dan PSS :

Pemilihan murid yang layak menerima RMT.

Pemilihan pembekal makanan.

Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.

Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.

Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.

Membanci murid yang patut menerima susu percuma.


JAWATANKUASA REKOD DAN MAKLUMAT MURID

Panduan tugas:

Mendaftar semua murid yang baru masuk ke tahun satu.

Pastikan dapat rekod yang terkini daripada murid.

Mengenal pasti murid yang miskin dan memerlukan bantuan.


JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Garis Panduan tindakan Jawatankuasa kantin sekolah :

Menentukan peraturan kantin – rujuk buku panduan kantin.

Menguatkuasakan peraturan kantin dengan bantuan pengawas sekolah.

Menentukan jenis makanan / minuman yang dilarang serta mutu makanan yang dijual.

Mengawal harga makanan dan minuman yang dijual.

Memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin.

Mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.


JAWATANKUASA BILIK GURU

Panduan Tugas :

Memastikan bilik guru sentiasa kemas, bersih dan selesa sepanjang masa.

Mengadakan carta-carta dan maklumat terkini.


JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID

Tugas yang dipertanggungjawabkan:

Mendaftar semua murid yatim di semua kelas.

Mendaftar murid miskin dan menentukan tahap kemiskinan keluarga.

Mengenal pasti murid bermasalah dan punca masalah.

Berikhtiar untuk mendapat bantuan segera dengan percuma.

Memungut derma bila diarahkan.

Menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat bila perlu.

Melaporkan kepada penyelaras perkara yang berlaku semasa.


JAWATAN KUASA BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Tugasan PBSS:

Menetapkan polisi kesihatan sekolah.

Memelihara dan peningkatan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.

Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.


JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Garis Panduan Tugas:

Pengurusan dan Pentadbiran Perancangan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.

Ceramah dan Bimbingan.

No comments:

Post a Comment