Sejarah KPPK
Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama KPPK ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdul Rahman dan saudara Aloysius Mathews sebagai Setiausaha Agung.
Keunikan KPPK
Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah. Tidak dapat dinafikan hari ini di Asia, KPPK merupakan kesatuan yang diiktiraf dengan bilangan keahlian 160,000 orang ahli (2010) di 12 cawangan. KPPK merupakan kesatuan kebangsaan dan cawangan-cawangan KPPK membantu mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan. Kaedah ini membolehkan KPPK bergerak secara berkesan dan aktif. Setiap cawangan mempunyai pejabat, AJK Cawangan dan bangunan sendiri.
Matlamat
KPPK sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan. KPPK juga berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara, KPPK juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.
KPPK sentiasa komited dan bertanggungjawab terhadap skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara berkaitan dengan Profesion Keguruan.
Objektif
Menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam memperjuangankan hak Guru-Guru serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang
Wawasan
Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan.
Misi
Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.
Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.
Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
Layari KPPKM
No comments:
Post a Comment