Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, November 11, 2011

Pembantu Tadbir Sekolah / Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM)

TUGAS-TUGAS

Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.
Menyediakan dan menyimpan :
  • Resit-resit bayaran
  • Baucar tuntutan
  • Cek-cek sekolah
Menutup akaun sekolah setiap bulan.
Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran
Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.
Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.
Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.


TUGAS-TUGAS LAIN :

  • Membuat penyata bulanan.
  • Menyelesaikan surat-menyurat.
  • Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.
  • Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT.
  • Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.
  • Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
  • Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.
  • Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.
  • Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)
  • Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.


TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

  • Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan Guru Besar.
  • Menjaga kebersihan pejabat.
  • Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.
  • Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar.
  • Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
  • Membantu kerani dalam urusan pejabat.
  • Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.
  • Menjaga buku rekod pejabat.
  • Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.
  • Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua.
  • Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.
  • Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.


TUGAS PEKERJA RENDAH AM

  • Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.
  • Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah.
  • Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.
  • Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.
  • Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.
  • Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.
  • Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.
  • Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.
  • Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.
  • Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.
  • Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga longkang sekolah.
  • Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.
  • Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa.
  • Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.


TUGAS JAGA SEKOLAH

  • Menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan dan membuat catatan dalam buku laporan apa yang berlaku semasa dalam tugasnya.
  • Memastikan semua harta benda dalam keadaan selamat.
  • Melarang sesiapa sahaja daripada berada dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
  • Membuat rondaan dan kawalan dari masa ke semasa.
  • Memastikan lampu-lampu dipasang di tempat-tempat yang tertentu dan dipasangkan pada masa yang ditetapkan.
  • Memastikan semua pintu pagar dan pintu bilik sekolah berkunci semasa menjalankan tugas.
  • Membuka semua bilik sekolah yang dikunci dan pintu-pintu pagar sebelum pulang pada waktu pagi hari persekolahan.
  • Melaporkan kepada Guru Besar / polis serta-merta apabila berlaku sebarang kejadian kecemasan / kemalangan / kecurian di sekolah.
  • Sentiasa berada di dalam kawasan sekolah sepanjang masa bertugas.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

No comments:

Post a Comment