TUGAS-TUGAS
Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.
Menyediakan dan menyimpan :
- Resit-resit bayaran
- Baucar tuntutan
- Cek-cek sekolah
Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran
Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.
Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.
Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.
TUGAS-TUGAS LAIN :
- Membuat penyata bulanan.
- Menyelesaikan surat-menyurat.
- Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.
- Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT.
- Menyediakan borang pesanan alatan sekolah.
- Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
- Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.
- Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.
- Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)
- Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.
TUGAS PEMBANTU AM RENDAH
- Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanan dan Guru Besar.
- Menjaga kebersihan pejabat.
- Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.
- Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
- Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar.
- Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.
- Membantu kerani dalam urusan pejabat.
- Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.
- Menjaga buku rekod pejabat.
- Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.
- Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua.
- Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.
- Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
TUGAS PEKERJA RENDAH AM
- Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.
- Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah.
- Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.
- Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.
- Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.
- Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.
- Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.
- Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.
- Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.
- Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.
- Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan juga longkang sekolah.
- Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.
- Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa.
- Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
TUGAS JAGA SEKOLAH
- Menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan dan membuat catatan dalam buku laporan apa yang berlaku semasa dalam tugasnya.
- Memastikan semua harta benda dalam keadaan selamat.
- Melarang sesiapa sahaja daripada berada dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
- Membuat rondaan dan kawalan dari masa ke semasa.
- Memastikan lampu-lampu dipasang di tempat-tempat yang tertentu dan dipasangkan pada masa yang ditetapkan.
- Memastikan semua pintu pagar dan pintu bilik sekolah berkunci semasa menjalankan tugas.
- Membuka semua bilik sekolah yang dikunci dan pintu-pintu pagar sebelum pulang pada waktu pagi hari persekolahan.
- Melaporkan kepada Guru Besar / polis serta-merta apabila berlaku sebarang kejadian kecemasan / kemalangan / kecurian di sekolah.
- Sentiasa berada di dalam kawasan sekolah sepanjang masa bertugas.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.
No comments:
Post a Comment