Apakah Pembelajaran Masteri?
… satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968)
… berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)
… satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block, 1975)
Rumusan
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Rasional
- Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.
- Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
- Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.
Prinsip Pembelajaran Masteri
- Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
- Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
- Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
- Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
- Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
- Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK)
- Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
- Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.
Langkah Pembelajaran Masteri
- Penentuan hasil pembelajaran.
- Pengajaran dan pembelajaran.
- Penilaian.
- Tindakan susulan.
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi:
- Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
- Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
- Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr.
- Membantu membina ujian formatif dan sumatif.
Cara Hasil Pembelajaran dinyatakan:
- Berdasarkan sukatan pelajaran.
- Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur
- Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
- Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
- Mengikut aras pembelajaran dari mudah sukar.
Penentuan pengajaran dan pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang berikut:
- Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
- Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Kemudahan yang sedia ada.
- Masa yang diperuntukkan
Kenali murid anda:
Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Pelbagai kaedah dan bahan
Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya:
- pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pembelajaran.
- Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan:
- berpusatkan guru.
- Berpusatkan murid.
Dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Penerangan
- Penjelasan
- Bercerita
- Huraian
- Memberi nota
- Syarahan
- Demonstrasi
Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Bercerita
- Bacaan
- Latih tubi
- Pembelajaran akses kendiri
- Inkuiri penemuan
- Soal jawab
- Main peranan
- Demonstrasi
- Penyelesaian masalah
- Sumbang saran
- Projek
- Pembelajaran koperatif
- Amali
Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajarah dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
Mengapa?
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk:
- Mengesan pencapaian murid.
- Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
- Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
- Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
- Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.
- Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestialh berdasarkan kepada Hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
Bilakah penilaian dijalankan?
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut:
Semasa pengajaran dan pembelajaran.
Selepas sesuatu unit pembelajaran.
Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
Domain yang dinilai
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain:
- Kognitif
- Afektif
- Psikomotor
Tindakan susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti:
Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.
Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:
Pemulihan.
Pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:
Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.
Membetulkan perlakuan yang salah.
Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
Menggunakan bahan visual.
Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
Menjalankan lati tubi.
Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.
Melatih murid mengenal pasti idea utama.
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:
- Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang lebih mencabar dan menarik.
- Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
- Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
- Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.
Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:
- Memberi latihan yang lebih mencabar.
- Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
- Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.
- Melatih murid membuat nota.
- Menjalankan latih tubi.
- Melatih murid mengenal pasti idea utama.
- Mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:
- Membuat projek.
- Membuat tugasan.
- Membuat kajian.
Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan.
- Membuat pemerhatian
- Mengumpul data
- Mengakses maklumat
- Membanding
- Mengklasifikasi
- Meringkas
- Merekod
- Mentafsir
- Membuat keputusan
- Membuat andaian
- Menganalisis
- Melapor
- Menyelesaikan masalah
Peranan Guru
Dalam pengajaran menggunakan ML, guru berfungsi sebagai “instructional leader and learning facilitator” (Guskey, 1985). Guru perlu
- Menguasai pengetahuan dalam bidang yang hendak diajar dan dapat mencerakinkan isi pelajaran
- Menentukan objektif pembelajaran dan pengajaran secara eksplisit.
- Menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan sumber dan kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid
- Menguasai kemahiran merancang dan membina item-item ujian (formatif dan sumatif)
- Membuat analisis item-item ujian bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar. Yang penting, guru perlu dapat melihat ujian-ujian tersebut sebagai alat pembelajaran. (learning tools).
- Mempunyai kemahiran menyampaikan maklum balas (feedback) kepada setiap pelajar tentang tahap penguasaan pembelajaran masing-masing bagi tujuan meningkatkan motivasi untuk terus belajar.
- Dapat merancang dan melaksanakan prosedur pembetulan (corrective procedures) dan aktiviti-aktiviti pengkayaan berdasarkan keperluan dan kebolehan setiap pelajar.
No comments:
Post a Comment