Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, April 13, 2012

Sasaran 150,000 pelajar antarabangsa di Malaysia pada 2015

SERDANG 14 April - Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan 150,000 pelajar antarabangsa akan menuntut di Malaysia pada 2015, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Ab. Rahim Md. Noor.

"Sehingga hujung tahun lepas kita ada 96,000 pelajar antarabangsa yang belajar di sini dan kita kini sedang memperkasakan pelbagai usaha untuk mempromosikan lagi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa datang belajar.

"Dan pada 2015 kita mahu mencapai sasaran mempunyai 150,000 pelajar antarabangsa belajar di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Karnival Keluarga 1KPT 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya mempunyai pusat promosi di Dubai, Jakarta, Bandaraya Ho Chi Minh dan China. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment