Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, May 25, 2012

Pengetua Cemerlang


PEMILIHAN PENGETUA CEMERLANG

1. PENYATAAN DASAR
Konsep kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang adalah hasil daripada peluasan pemakaian konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang.  Ia merupakan suatu laluan bagi PPPS yang menyandang jawatan sebagai Pengetua Sekolah Menengah yang boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred DG52, Gred DG54 dan JUSA C secara khas untuk Penyandang (KUP).  Laluan kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan.


2. TUJUAN
2.1. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan dasar kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang ialah sebagai suatu insentif kepada Pengetua-Pengetua yang mempunyai kepakaran, berpotensi tinggi dalam pengurusan pendidikan serta telah menunjukkan mutu kepimpinan yang cemerlang untuk terus dikekalkan sebagai Pengetua-pengetua sekolah menengah tanpa hilang kekananan ataupun peluang kenaikan pangkat.
2.2. Dengan adanya satu kelompok Pengetua Cemerlang yang berfungsi sebagai pakar dan pentadbir sekolah yang berkaliber, adalah dijangkakan mereka dapat dijadikan contoh dan teladan kepada Pengetua-Pengetua dan guru-guru lain untuk terus member perkhidmatan yang sebaik mungkin bagi memartabatkan lagi proses P&P di peringkat sekolah.


3. PELAKSANAAN DASAR
3.1. Konsep kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang secara KUP ini mula dilaksanakan pada tahun 1995.  Pelaksanaannya bermula di Gred DG1 di bawah SSB yang setaraf dengan Gred DG54 di bawah SSM.  Pada 5 Ogos 2004, konsep Pengetua Cemerlang ini telah diperluaskan sehingga ke JUSA C.  Selain daripada itu, konsep ini juga telah diselaraskan mengikut gred dan syarat-syarat kenaikan pangkat di bawah SSM.
3.2. Pada 26 September 2006, Mesyuarat LKPPP telah bersetuju untuk memanjangkan konsep Pengetua Cemerlang kepada Pengarah-Pengarah di IPG dan KM serta meluluskan kuota baru Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP).
3.3. Pada tahun 1995, kuota Pengetua Cemerlang Gred DG1 (KUP) yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP)  adalah sebanyak 180.  Pada tahun 2004, LKPPP meluluskan lima (5) kuota Pengetua Cemerlang JUSA C dan kuota ini telah menjadi Sembilan (9) pada tahun 2008.  Seterusnya LKPPP juga mewujudkan kuota untuk Gred DG52 dan menambah kuota bagi Gred DG54.  Pada 16 Mei 2009, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan penambahan bilangan kuota Pengetua Cemerlang iaitu Pengetua Cemerlang JUSA C dengan 20 jawatan, DG54 sebanyak 475 jawatan dan DG52  kekal 400 jawatan.


3.4. Dasar Bagi Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Pegawai Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
3.4.1. Punca kuasa ialah daripada mesyuarat Lembaga Naik Pangkat pada 26 Jun 2008 telah memutuskan agar 10% daripada kuota Pengetua Cemerlang KUP diagihkan kepada pegawai-pegawai yang sedang bertugas di bahagian-bahagian KPM, JPN dan PPD.
3.4.2. Tarikh mula dilaksanakan ialah pada tahun 2009 selaras dengan keputusan dengan mesyuarat Lembaga Naik Pangkat Bil 1 2009 pada 21 Januari 2009.
3.4.3. Kuota yang diluluskan ialah seperti berikut :
3.4.3.1. JUSA C – 1
3.4.3.2. DG54 – 20
3.4.3.3. DG 52 – 40
3.5. Urus Setia Pemilihan Pegawai Cemerlang ialah Unit Pengurusan Sumber Manusia, KPM.



4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1. Peranan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
4.1.1. Mengeluarkan Surat Siaran / Iklan permohonan calon Pengetua Cemerlang kepada JPN dan Bahagian-bahagian Kementerian.
4.1.2. Membuat pemantauan, penilaian dan pemilihan calon yang layak berdasarkan Proses kerja seperti Lampiran A.
4.1.3. Mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan Pengetua Cemerlang (Lampiran B) dan membuat pemilihan berdasarkan kriteria penilaian ialah seperti Lampiran C.
4.1.4. Memperakukan calon-calon yang layak kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

4.2. Peranan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4.2.1. Menentukan calon memenuhi syarat pemangkuan.
4.2.2. Menyediakan kertas cadangan pemangkuan.
4.2.3. Meluluskan cadangan pemangkuan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat.
4.2.4. Mengemukakan Kertas Cadangan kepada urus setia Lembaga Naik Pangkat  kepada JPA.
4.2.5. Mengemukakan kelulusan dari Lembaga Naik Pangkat.
4.2.6. Mengeluarkan arahan penempatan kepada calon melalui Ketua Jabatan.

4.3. KRITERIA PELAKSANAAN
4.3.1. Pada umumnya, seseorang Pengetua perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum dipertimbangkan untuk pemangkuan Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP), Gred DG54 (KUP) dan JUSA C (KUP).
4.3.2. Syarat-syarat tersebut terbahagi kepada dua (2) iaitu syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus.
4.3.3. Syarat-syarat umum pemangkuan Pengetua Cemerlang adalah seperti berikut :
4.3.3.1. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir;
4.3.3.2. Bebas daripada tindakan tatatertib;
4.3.3.3. Telah mengisytiharkan harta;
4.3.3.4. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
4.3.3.5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
4.3.3.6. Lulus PTK yang ditetapkan mengikut gred-gred yang berkaitan seperti berikut:
4.3.3.6.1. Pemangkuan ke Gred DG52 (KUP) : Lulus TK4 di gred DG48:serta
4.3.3.6.2. Pemangkuan ke Gred DG54 (KUP) : Lulus TK5 di Gred DG52; dan
4.3.3.7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
4.3.4. Manakala syarat-syarat khusus untuk urusan pemangkuan Pengetua Cemerlang adalah seperti berikut :
4.3.4.1. Bagi Gred DG52 (KUP):
4.3.4.1.1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 hakiki; dan
4.3.4.1.2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun sebagai Pengetua di Gred DG48 Hakiki
4.3.4.2. Bagi Gred DG54 (KUP) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (KUP)/ DG 52 Hakiki


5. TARIKH KUATKUASA
Pewujudan laluan kenaikan pangkat bagi Pengetua Cemerlang adalah pemanjangan daripada konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 1994. Bahagian Sekolah dilantik sebagai Urus Setia berdasarkan surat arahan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 24 September 1994.




PROSES KERJA PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN PENGETUA        CEMERLANG


BIL.
PERKARA
TINDAKAN
1.
Surat siaran dan borang pencalonan dihantar kepada JPN dan Bahagian KPM
BPSH
2.
JPN dan  Bahagian KPM mengenal pasti calon yang layak mengikut syarat yang ditetapkan
JPN/BHG KPM
3.
JPN dan Bahagian KPM membuat penyelarasan dan penyemakan borang pencalonan serta analisa
JPN/BHG KPM
4.
JPN dan Bahagian KPM mengemukakan senarai pencalonan yang lengkap berserta dokumen kepada BPSH
JPN/BHG KPM
5.
BPSH membuat penyelarasan dan penyemakan borang pencalonan serta analisa pencalonan
BPSH
6.
Penilaian borang pencalonan oleh JK Penilaian pencalonan
BPSH
7.
Mesyuarat Panel Pemilihan Bil.1
JK PANEL
8.
Pemantauan oleh Panel Pemilihan
JK PANEL
9.
Mesyuarat Panel Pemilihan Bil. 2
JK PANEL
10.
Perakuan ke Lembaga Naik Pangkat JPA oleh BSM
BPSM
11.
Lembaga Naik Pangkat bersidang dan membuat keputusan
BPSM
12.
Urusan penempatan Pengetua Cemerlang
BPSM


JK PANEL PEMILIHAN CALON PENGETUA CEMERLANG KPM
1.         Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia – Pengerusi
2.         Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan )
3.         Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (OP)
4          Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (DPP)
5.         Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (PPK)
6.         Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
7.         Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


JK PENCALONAN PERINGKAT NEGERI/BAHAGIAN
1.         Pengerusi – Pengarah JPN/Pengarah Bahagian KPM
2.         Timbalan Pengerusi – Timbalan Pengarah JPN/Bahagian KPM
3.         Ahli – Ketua Nazir Negeri/Ketua Sektor

KRITERIA PEMILIHAN CALON :
1. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 tahun terkini  dengan wajaran tahun pertama (20%), kedua  (35%) dan ketiga/terkini (45%). Jumlah purata markah LNPT bagi 3 tahun terkini ialah 40 % daripada keseluruhan penilaian.

2. Markah penilaian borang pencalonan (Lampiran A) ialah 30 % daripada keseluruhan penilaian berdasarkan aspek berikut :
2.1       Sumbangan profesional (penulisan ilmiah dan kertas kerja)
2.2       Khidmat kepakaran (pakar rujuk, penceramah, fasilitator)
2.3       Keanggotaan dalam pertubuhan (pengerusi/AJK)
2.4       Pencapaian Sekolah Dari Segi Kurikulum
2.5       Pencapaian Sekolah Dari Segi Kokurikulum

     3. Markah penilaian panel pemantauan (Lampiran B) ialah 30 % daripada keseluruhan penilaian yang berdasarkan aspek kurikulum, HEM, Kokurikulum, sumber manusia, kewangan, pentadbiran, perhubungan awam, kualiti peribadi serta pengetahuan & kemahiran.


Sumber diambil daripada : BPSH

No comments:

Post a Comment