PEMILIHAN PENGETUA CEMERLANG
1. PENYATAAN DASAR
Konsep kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang adalah hasil daripada
peluasan pemakaian konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang. Ia merupakan
suatu laluan bagi PPPS yang menyandang jawatan sebagai Pengetua Sekolah
Menengah yang boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred DG52, Gred
DG54 dan JUSA C secara khas untuk Penyandang (KUP). Laluan kenaikan
pangkat ini adalah berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan dari
semasa ke semasa dan tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan.
2. TUJUAN
2.1. Tujuan utama kerajaan
memperkenalkan dasar kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang ialah sebagai suatu
insentif kepada Pengetua-Pengetua yang mempunyai kepakaran, berpotensi tinggi
dalam pengurusan pendidikan serta telah menunjukkan mutu kepimpinan yang cemerlang
untuk terus dikekalkan sebagai Pengetua-pengetua sekolah menengah tanpa hilang
kekananan ataupun peluang kenaikan pangkat.
2.2. Dengan adanya satu
kelompok Pengetua Cemerlang yang berfungsi sebagai pakar dan pentadbir sekolah
yang berkaliber, adalah dijangkakan mereka dapat dijadikan contoh dan teladan
kepada Pengetua-Pengetua dan guru-guru lain untuk terus member perkhidmatan
yang sebaik mungkin bagi memartabatkan lagi proses P&P di peringkat sekolah.
3. PELAKSANAAN
DASAR
3.1. Konsep kenaikan pangkat
Pengetua Cemerlang secara KUP ini mula dilaksanakan pada tahun 1995.
Pelaksanaannya bermula di Gred DG1 di bawah SSB yang setaraf dengan Gred DG54
di bawah SSM. Pada 5 Ogos 2004, konsep Pengetua Cemerlang ini telah
diperluaskan sehingga ke JUSA C. Selain daripada itu, konsep ini juga
telah diselaraskan mengikut gred dan syarat-syarat kenaikan pangkat di bawah
SSM.
3.2. Pada 26 September
2006, Mesyuarat LKPPP telah bersetuju untuk memanjangkan konsep Pengetua
Cemerlang kepada Pengarah-Pengarah di IPG dan KM serta meluluskan kuota baru
Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP).
3.3. Pada tahun 1995,
kuota Pengetua Cemerlang Gred DG1 (KUP) yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) adalah sebanyak 180. Pada
tahun 2004, LKPPP meluluskan lima (5) kuota Pengetua Cemerlang JUSA C dan kuota
ini telah menjadi Sembilan (9) pada tahun 2008. Seterusnya LKPPP juga
mewujudkan kuota untuk Gred DG52 dan menambah kuota bagi Gred DG54. Pada
16 Mei 2009, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah
mengumumkan penambahan bilangan kuota Pengetua Cemerlang iaitu Pengetua
Cemerlang JUSA C dengan 20 jawatan, DG54 sebanyak 475 jawatan dan DG52
kekal 400 jawatan.
3.4. Dasar Bagi
Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Pegawai
Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
3.4.1. Punca kuasa ialah
daripada mesyuarat Lembaga Naik Pangkat pada 26 Jun 2008 telah memutuskan agar
10% daripada kuota Pengetua Cemerlang KUP diagihkan kepada pegawai-pegawai yang
sedang bertugas di bahagian-bahagian KPM, JPN dan PPD.
3.4.2. Tarikh mula
dilaksanakan ialah pada tahun 2009 selaras dengan keputusan dengan mesyuarat
Lembaga Naik Pangkat Bil 1 2009 pada 21 Januari 2009.
3.4.3. Kuota yang diluluskan
ialah seperti berikut :
3.4.3.1. JUSA C – 1
3.4.3.2. DG54 – 20
3.4.3.3. DG 52 – 40
3.5. Urus Setia Pemilihan
Pegawai Cemerlang ialah Unit Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
4. KAEDAH
PELAKSANAAN
4.1. Peranan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
4.1.1. Mengeluarkan Surat
Siaran / Iklan permohonan calon Pengetua Cemerlang kepada JPN dan
Bahagian-bahagian Kementerian.
4.1.2. Membuat pemantauan,
penilaian dan pemilihan calon yang layak berdasarkan Proses kerja seperti
Lampiran A.
4.1.3. Mewujudkan Jawatankuasa
Pemilihan Pengetua Cemerlang (Lampiran B) dan membuat pemilihan berdasarkan
kriteria penilaian ialah seperti Lampiran C.
4.1.4. Memperakukan
calon-calon yang layak kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
4.2. Peranan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4.2.1. Menentukan calon
memenuhi syarat pemangkuan.
4.2.2. Menyediakan kertas
cadangan pemangkuan.
4.2.3. Meluluskan cadangan
pemangkuan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat.
4.2.4. Mengemukakan Kertas
Cadangan kepada urus setia Lembaga Naik Pangkat kepada JPA.
4.2.5. Mengemukakan
kelulusan dari Lembaga Naik Pangkat.
4.2.6. Mengeluarkan arahan
penempatan kepada calon melalui Ketua Jabatan.
4.3. KRITERIA
PELAKSANAAN
4.3.1. Pada umumnya,
seseorang Pengetua perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum
dipertimbangkan untuk pemangkuan Pengetua Cemerlang Gred DG52 (KUP), Gred DG54
(KUP) dan JUSA C (KUP).
4.3.2. Syarat-syarat
tersebut terbahagi kepada dua (2) iaitu syarat-syarat umum dan syarat-syarat
khusus.
4.3.3. Syarat-syarat umum
pemangkuan Pengetua Cemerlang adalah seperti berikut :
4.3.3.1. Mencapai tahap
prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir;
4.3.3.2. Bebas daripada
tindakan tatatertib;
4.3.3.3. Telah mengisytiharkan
harta;
4.3.3.4. Lulus tapisan
keutuhan SPRM;
4.3.3.5. Bebas daripada
senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
4.3.3.6. Lulus PTK yang
ditetapkan mengikut gred-gred yang berkaitan seperti berikut:
4.3.3.6.1. Pemangkuan ke Gred
DG52 (KUP) : Lulus TK4 di gred DG48:serta
4.3.3.6.2. Pemangkuan ke Gred
DG54 (KUP) : Lulus TK5 di Gred DG52; dan
4.3.3.7. Diperakukan oleh
Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
4.3.4. Manakala
syarat-syarat khusus untuk urusan pemangkuan Pengetua Cemerlang adalah seperti
berikut :
4.3.4.1. Bagi Gred DG52 (KUP):
4.3.4.1.1. Telah dinaikkan
pangkat ke Gred DG48 hakiki; dan
4.3.4.1.2. Telah berkhidmat
sekurang-kurangnya selama 3 tahun sebagai Pengetua di Gred DG48 Hakiki
4.3.4.2. Bagi Gred DG54 (KUP)
telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (KUP)/ DG 52 Hakiki
5. TARIKH KUATKUASA
Pewujudan laluan kenaikan pangkat bagi Pengetua Cemerlang adalah
pemanjangan daripada konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang yang telah
diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 1994. Bahagian Sekolah dilantik
sebagai Urus Setia berdasarkan surat arahan daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia bertarikh 24 September 1994.
PROSES KERJA PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN
PENGETUA CEMERLANG
BIL.
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
1.
|
Surat siaran dan borang pencalonan dihantar kepada JPN dan Bahagian
KPM
|
BPSH
|
2.
|
JPN dan Bahagian KPM mengenal pasti calon yang layak mengikut
syarat yang ditetapkan
|
JPN/BHG KPM
|
3.
|
JPN dan Bahagian KPM membuat penyelarasan dan penyemakan borang
pencalonan serta analisa
|
JPN/BHG KPM
|
4.
|
JPN dan Bahagian KPM mengemukakan senarai pencalonan yang lengkap
berserta dokumen kepada BPSH
|
JPN/BHG KPM
|
5.
|
BPSH membuat penyelarasan dan penyemakan borang pencalonan serta
analisa pencalonan
|
BPSH
|
6.
|
Penilaian borang pencalonan oleh JK Penilaian pencalonan
|
BPSH
|
7.
|
Mesyuarat Panel Pemilihan Bil.1
|
JK PANEL
|
8.
|
Pemantauan oleh Panel Pemilihan
|
JK PANEL
|
9.
|
Mesyuarat Panel Pemilihan Bil. 2
|
JK PANEL
|
10.
|
Perakuan ke Lembaga Naik Pangkat JPA oleh BSM
|
BPSM
|
11.
|
Lembaga Naik Pangkat bersidang dan membuat keputusan
|
BPSM
|
12.
|
Urusan penempatan Pengetua Cemerlang
|
BPSM
|
JK PANEL PEMILIHAN CALON PENGETUA CEMERLANG KPM
1.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia – Pengerusi
2.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan )
3. Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia (OP)
4
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (DPP)
5.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (PPK)
6.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
7. Setiausaha Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
JK PENCALONAN PERINGKAT NEGERI/BAHAGIAN
1.
Pengerusi – Pengarah JPN/Pengarah Bahagian KPM
2.
Timbalan Pengerusi – Timbalan Pengarah JPN/Bahagian KPM
3.
Ahli – Ketua Nazir Negeri/Ketua Sektor
KRITERIA PEMILIHAN CALON :
1. Markah
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 tahun terkini dengan
wajaran tahun pertama (20%), kedua (35%) dan ketiga/terkini (45%). Jumlah
purata markah LNPT bagi 3 tahun terkini ialah 40 % daripada keseluruhan
penilaian.
2. Markah
penilaian borang pencalonan (Lampiran A) ialah 30 % daripada keseluruhan
penilaian berdasarkan aspek berikut :
2.1
Sumbangan profesional (penulisan ilmiah dan kertas kerja)
2.2
Khidmat kepakaran (pakar rujuk, penceramah, fasilitator)
2.3
Keanggotaan dalam pertubuhan (pengerusi/AJK)
2.4
Pencapaian Sekolah Dari Segi Kurikulum
2.5
Pencapaian Sekolah Dari Segi Kokurikulum
3. Markah penilaian panel pemantauan (Lampiran B) ialah 30 % daripada keseluruhan
penilaian yang berdasarkan aspek kurikulum, HEM, Kokurikulum, sumber manusia,
kewangan, pentadbiran, perhubungan awam, kualiti peribadi serta pengetahuan
& kemahiran.
Sumber diambil daripada : BPSH
No comments:
Post a Comment