Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 11, 2012

Pendidikan Cina Di Malaysia


Manfaat-manfaat yang diperolehi daripada  aliran pendidikan Cina
1. Mewarisi dan mengembangkan budaya Cina
          Budaya dikatakan dapat memaparkan identiti sesuatu kaum.
          Tanggungjawab mewarisi budaya Cina dapat dicapai sepenuhnya melalui pendidikan Cina.
          Contoh:  ~puisi, sajak Cina : penggunaan sistem  tulisan Bahasa Cina.
          Pendidikan tentang teori konfusianism dan fahaman lain.

2. Menyatupadakan masyarakat Cina
          Menimbulkan kesedaran untuk mempertahankan identiti dan budaya.
          Membentuk satu alat komunikasi di antara kaum Cina daripada aliran dialek yang berlainan.

3. Menyediakan peluang untuk kaum lain belajar pendidikan Cina dan mendorong perpaduan antara kaum
          Kaum lain yang menerima pendidikan Cina dapat memahami latar belakang, budaya dan fikiran masyarakat Cina.
          Mengelakkan salah faham serta rusuhan kaum berlaku.

Langkah-langkah yang diambil oleh masyarakat Cina untuk mempertahankan
 ciri, identiti, dan keutuhan sekolah-sekolah Cina  dalam dekad 90-an dan awal abad ke-21
1. Penyumbangan wang untuk pembinaan dan perkembangan sekolah Cina
          Dongjiaozong dan Lembaga Pengelola SRJK(C) bantuan modal bertegas untuk mendapat layanan yang sama dengan sekolah bantuan penuh milik kerajaan.
          Kerajaan menolak cadangan penukaran taraf sekolah dan juga tidak menyokong sekolah menengah beraliran Cina.
          Pembinaan dan perkembangan DuZhong bergantung kepada pendermaan masyarakat.

2. Membela hak Lembaga Pengelola sekolah rendah Cina
          Peranan Lembaga Pengelola – membela dan melindungi hak pendidikan Cina di bawah undang-undang negara.
          Namun kerajaan semakin mengetepikan kuasa Lembaga Pengelola melalui administrasi.
          Banyak kempen diadakan:
              ~Huaxiao Dongshi Juexing Yundong – mengembalikan kuasa Lembaga Pengelola

3. Menambah pembinaan sekolah-sekolah Cina
          Kerajaan tidak membuat rancangan yang sempurna dalam pembinaan sekolah rendah Cina.
à Selangor, Johor, Pulau Pinang ~ kekurangan sekolah rendah Cina sebanyak 134 buah.
          Mengadakan penyelidikan terhadap pertambahan pembinaan sekolah rendah Cina.
          Meminta kerajaan mendirikan satu sistem yang adil dan sesuai dalam pembinaan sekolah rendah Cina.
          Dongjiaozong mencadangkan supaya peruntukkan pembangunan dibuat berdasarkan prinsip bilangan murid di sekolah dan bukannya hak milik tapak sekolah berkenaan.

4. Pembantahan terhadap penubuhan Sekolah Wawasan
          Matlamat SW: mewujudkan perpaduan dan memupuk semangat integrasi di kalangan murid yang berlainan bangsa, kaum dan latar belakang.
          Ditentang hebat oleh Dongjiaozong dan Huatuanàlangkah kerajaan untuk menghapuskan identiti sekolah Cina secara perlahan.
          Dongjiaozong menyeru kerajaan menggantikan rancangan SW dengan “Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan 1986” .

5. Bantahan terhadap PPSMI
          Dasar ini diumumkan pada bulan Mei,2002 oleh bekas perdana menteri.
          Mendapat bantahan daripada sebilangan persatuan kaum Melayu, India dan Cina.
          Dongjiaozong mengadakan banyak aktiviti:
 ~ kempen “Pengembalian Pendidikan Bahasa Ibunda”.
 ~ interaksi antara Dongjiaozong dengan parti politik dan Huatuan.
 ~ membuat lawatan ke setiap negeri untuk menjalankan tugas penyebaran
 ~ menghantar memorandum kepada pihak berkenaan.

Kesimpulan
          Masyarakat Cina tidak pernah berputus asa untuk memperjuangkan dan mempertahankan pendidikan Cina tetapi bangsa Melayu sesama mereka pun berpecah belah.



No comments:

Post a Comment