Sedutan Bajet 2003-04 di Dewan Rakyat:
“…Kerajaan sedang menimbang untuk memberikan voucher kepada anak-anak keluarga miskin bagi membolehkan mereka mendapat tuisyen daripada guru-guru yang sanggup memberikan tuisyen khas di luar waktu sekolah. Dengan ini, bukan sahaja mereka akan dapat tuisyen, guru-guru yang rajin juga boleh mendapat pendapatan tambahan.”
LATAR BELAKANG
Pelaksanaan SBT telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Disember 2003.
Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan SBT telah dipersetujui oleh YB Menteri pada 17 Februari 2004.
SBT mula dilaksanakan pada minggu 4 bulan Mac 2004.
OBJEKTIF SBT
Objektif SBT adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
SYARAT KELAYAKAN
murid warganegara Malaysia;
belajar di Tahun 4, 5 atau 6 di sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan;
pendapatan bulanan keluarga adalah RM 530.00 dan ke bawah bagi Semenanjung, RM 585.00 dan ke bawah bagi Sarawak dan RM 685.00 dan ke bawah bagi Sabah/Labuan; dan
diperakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai lemah dan memerlukan bimbingan tambahan dalam mana-mana bahagian, sub-topik atau topik dalam mana-mana atau kesemua mata pelajaran yang dinyatakan.
PELAKSANAAN SBT
Ibu bapa murid miskin memohon bantuan baucar tuisyen melalui sekolah.
Guru Besar dan guru mata pelajaran kenalpasti murid.
Ibu bapa murid yang dikenalpasti lemah atau terkebelakang diberikan bantuan baucar tuisyen.
Setiap baucar adalah bernilai RM 10.00 bersamaan 4 sesi tuisyen
Minimum tiap sesi satu jam
Sekolah tubuhkan “pusat tuisyen SBT” .
PPD tubuhkan “pool guru SBT daerah” dan lantik guru tuisyen daripada pool.
Guru SBT
Guru tuisyen SBT dari sekolah lain
Guru boleh memberikan tuisyen kepada murid mereka sendiri.
Peruntukan operasi tuisyen pada kadar RM 20.00 setahun bagi setiap murid bagi membiayai:
operasi tuisyen oleh sekolah pada kadar RM 5.00 bagi setiap murid SBT setahun; dan
lembaran kerja atau hand-outs untuk murid pada kadar RM 15.00 bagi setiap murid SBT setahun.
Setiap guru SBT dihadkan mengajar tuisyen kepada dua kelas bagi mana-mana dua mata pelajaran atau empat kelas bagi mana-mana satu mata pelajaran.
Guru SBT hendaklah melaksanakan kaedah tuisyen yang sesuai untuk memulihkan kelemahan murid.
Baucar yang diterima daripada ibu bapa ditunaikan oleh guru SBT daripada sekolah yang menjadi pusat tuisyen.
Guru Besar menyelaraskan pelaksanaan SBT di peringkat sekolah
pemilihan murid;
bilangan baucar yang diperlukan oleh murid;
pemilihan guru tuisyen;
pelaksanaan kelas tuisyen; dan
menentukan sasaran tuisyen yang hendak dicapai.
menubuhkan Jawatankuasa SBT sekolah.
No comments:
Post a Comment