Social Icons

-

Wednesday, August 8, 2012

Taska

Definisi Taska
Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

Jenis-jenis Taska

Taska Di Rumah
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

Taska Di Institusi
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.

Taska Di Tempat Kerja
Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.

Taska Komuniti
Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
Permohonan Kursus
Semua permohonan menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak hendaklah menghubungi agensi-agensi yang telah diiktiraf menjalankan Kursus Asas Asuhan kanak-kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk keterangan lanjut SILA LAYARI LAMAN WEB INI

Amnesty Period
NOTIS
PENDAFTARAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
“AMNESTY PERIOD”
Semua pengusaha dan pengendali TASKA dan Pusat Jagaan DIWAJIBKAN pendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
Pengusaha dan Pengendali diberi tempoh selama 6 bulan di bawah “AMNESTY PERIOD” sehingga 12 FEBRUARI 2009 untuk mendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan masing-masing. Kegagalan mendaftarkan selepas tamat tempoh ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengambil TINDAKAN UNDANG-UNDANG di bawah bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993.
Pihak tuan / puan dikehendaki menggunakan borang di lampiran A (sila klik disini) dan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Subsidi
i.    Taska Komuniti
  • Taska Komuniti memberi kemudahan kepada keluarga berpendapatan rendah
  • Subsidi sebanyak RM180 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Permohonan ini hanya kepada golongan yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2000 sebulan di bandar dan RM1200 di luar bandar.
  • Permohonan hendaklah dihantar ke TASKA Komuniti seperti di alamat-alamat berikut:
   
Bil
 Alamat

 Bil
Alamat
   
 1.
Taska Penyayang Bakti,
Kompleks Penyayang Bakti,
Sg. Buloh, No.1, Jalan SD 13/4A,
Off Persiaran Meranti, PJU 9,
Bandar Sri Damansara,
59200 Kuala Lumpur

 2.
Taska Penyayang Kasih,
Blok 96-00-06 dan Blok 96-00-07,
Kampung Limau,
Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur
   
 3.
Taska Penyayang Larkin Johor Bahru,
No. 16, Jalan Raja Udang,
80350 Larkin,
Johor Bahru, Johor

 4.
Taska Penyayang PERASKO,
No. 5361-B, Belakang Asrama Zainab,
Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,  Kelantan
   
 5.
Taska Penyayang KEKWA Kelana Jaya,
Tingkat Bawah, Blok 4,
Rumah Pangsa Desa Mentari,
Jalan Kelang Lama,
46000 Petaling Jaya, Selangor

 6.
Taska Penyayang Pantai Permai,
PPR Pantai Permai,
Bangunan Blok E,
Jalan Pantai Dalam,
Kuala Lumpur
   
7.
Taska Penyayang Nadi Komuniti,
No. 1, Jalan PR 1,
Taman Peringgit Ria,
75400 Peringgit,
Melaka

 8.
Taska Penyayang Negeri Perlis,
Tkt Bawah, Bangunan Kuarters Kakitangan
Rumah Seri Kenangan Kangar,
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah,
Kg. Jejawi Dalam,
02600 Arau, Perlis
   
 9.
Taska Penyayang Kemaman,
PT 4755,
Taman Ros Merah 2,
Batu 4, Binjai,
24000 Kemaman, Terengganu

 10.
Taska Penyayang Yayasan Nurul Hayati,
Taman Wira Jaya,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
   
 11.
Taska Penyayang Teratak Jasa,
No. 101, Gedong Lalang,
70400 Ampangan, Seremban,
Negeri Sembilan

 12.
Taska Penyayang Kuantan,
KRT Perkampungan Chenderawasih,
25000 Kuantan
Pahang
   
 13.
Taska Penyayang Alor Setar,
No. 762 & 763,
Lorong Star Kuning 1/3,
Fasa 3B,
Taman Rakyat Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah

 14.
Taska Penyayang Seri Mawar,
No. 2, Jalan Gemilang,
Taman Gemilang,
45300 Sg. Besar,
Selangor
   
 15.
Taska Penyayang Klang,
No. 2, Jalan Tengku Kelana 2,
4100 Klang,
Selangor

16.
Taska Penyayang Padang Rengas,
No. 103, RPA Fasa 1,
Jalan Taiping,
33700 Padang Rengas,
Perak
   
 17.
Taska Penyayang Ceria,
No. 239, Lorong 5a,
Jalan Sg. Maong Tengah,
93150 Kuching, Sarawak




ii.   Taska di tempat kerja
  • Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan.
  • Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180 sebulan bagi seorang anak, dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.
  • [Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008]


Pendaftaran TASKA
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan
    • Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan "TASKA" pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan dalam Bahasa Malaysia
  • Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)
    • Borang II boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).
    • Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa TASKA untuk mengisi borang ini.
  • Kelulusan dari 3 agensi teknikal
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Jabatan Kesihatan
      (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah jika berkenaan)
  • Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
    (ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)
  • Jadual aktiviti harian
  • Jadual menu
  • Senarai aktiviti bersama ibubapa
  • Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM50.00)
    (Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa TASKA bahawa permohonan telah lengkap)


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara