Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

NKRA Pendidikan

-->
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :
1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.
Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.
LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan. 20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.
'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah. UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

-------------------------------------------------------------------------------

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.



Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
  5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
  6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA - Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

*Kanak-kanak berkeperluan khas - didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara