Kecerdasan
Buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence) atau lebih dikenali sebagai
AI adalah kajian dan kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan
fungsi-fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia. Konsep AI bermula dari zaman
purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep ini
kepada suatu kemungkinan. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer
di pertengahan tahun 1950-an.
Istilah
AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan
tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih
jauh dapat menandingi pemikiran manusia. Walaupun masih jauh daripada
kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang
seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara,
perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.
Program
AI mempunyai banyak aplikasi. Ia digunakan oleh institusi kewangan, saintis,
ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, dan
perkhidmatan keselamatan, dan pelbagai lagi. Teknik AI juga diterapkan dalam
sistem yang digunakan untuk melayari Internet.
Program
AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu. Ia boleh
digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan
foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa,
melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik,
menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan
lebih baik.
Program
AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik. Contoh paling terkenal
kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia
Garry Kasparov pada tahun 1997. Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan
pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan
berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat. Program AI
lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh
mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan.
Program
AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan,
menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan
bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang
kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan
dengan komposisi oleh komposer terkenal.
Terdapat
beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini.
Contoh-contoh utama termasuk :
Logik Kabur : Menggunakan logik kabur untuk
mencapai pilihan optimum. Berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk
direka.
Jaringan Neural (bahasa Inggeris: Neural
Network): Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar. Berkemampuan untuk
belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.
Algoritma Genetik : Menggunakan model berasaskan
konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk
menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.
Oleh
kerana bidang ini masih muda berbanding dengan cabang-cabang sains lain masih
tiada jaminan cara yang mana yang akan boleh menghasilkan AI yang sebenar (true
AI); AI yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.
No comments:
Post a Comment