Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


Visi BPPDP
Peneraju Kecemerlangan Penggubalan Dasar, Perancangan Dan Penyelidikan Untuk Pendidikan Berkualiti

Misi BPPDP
Menggubal Dasar Pendidikan Negara Melalui Perancangan Dan Penyelidikan
Ke Arah Sistem Pendidikan Berkualiti

Objektif BPPDP
  1. Merancang dan mengurus aktiviti perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.
  2. Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui aktiviti pendidikan, intervensi, penilaian dan pengesanan program supaya pelaksanaan aktiviti perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan.
  3. Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan aktiviti perancangan pendidikan.
  4. Menghasilkan perancangan dan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fungsi BPPDP
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) ditubuhkan bagi melaksanakan fungsi utama yang diterjemahkan pelaksanaannya melalui aktiviti berikut:
  1. Merancang dan menggubal dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan dan pembangunan sistem aplikasi maklumat pendidikan.
  2. Mengesan, menilai dan menganalisis pelaksanaan dasar pendidikan, program pembangunan pendidikan termasuk program bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala.
  3. Menyelaras maklumat berkaitan pendidikan untuk urusan Hal Ehwal Parlimen, perancangan pendidikan dan keutuhan pengurusan untuk semua agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia.
  4. Menjalankan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar dan program pendidikan.
  5. Menjalankan penyelidikan perbandingan untuk peringkat antarabangsa.
  6. Mengurus, menyedia, dan menyelaras pengumpulan data dan maklumat pendidikan melalui sistem aplikasi maklumat pendidikan seperti EMIS, SMEP, GIS, dan MASSA.
  7. Mengurus dan menyelaras pembangunan koleksi serta perkhidmatan pusat sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan para penyelidik.
  8. Menjalankan meta analisis terhadap dapatan kajian oleh penyelidik dalam dan luar negara.
  9. Menyediakan, menganalisis dan menyelaras unjuran enrolmen dan kelas, serta unjuran keperluan guru bagi sekolah rendah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, tahap dan negeri.
  10. Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan akta, peraturan dan dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, penyelidikan, penilaian serta pengurusan data dan maklumat pendidikan.

MOTO
Perancangan Berkualiti Pendidikan Bestari.

DASAR KUALITI
BPPDP bermatlamat menghasilkan input melalui perancangan, penyelidikan dan khidmat kepakaran pendidikan yang berkualiti kepada pelanggan bagi menggubal dasar pembangunan pendidikan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan negara.

Piagam Pelanggan BPPDP
1. Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan, laporan penyelidikan dan penilaian, analisis dasar dan data bagi memenuhi
keperluan penggubal dan pemutus dasar dalam masa yang ditetapkan:
a. Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan bagi Rancangan Malaysia berdasarkan dasar-dasar kerajaan dalam tempoh setahun sebelum sesuatu Rancangan Malaysia bermula.
b. Menggubal dasar pendidikan bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan dalam tempoh 6 bulan.
c. Menghasilkan Laporan Pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam bentuk Kad Laporan, 2 kali setahun.
d. Menyempurnakan sekurang-kurangnya lima (5) laporan penyelidikan pendidikan dalam tempoh setahun.
e. Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang kemas kini, tepat serta sahih pada bila-bila masa.
2. Menyediakan jawapan, ulasan dan maklum balas terhadap isu-isu pendidikan yang memerlukan perhatian dan tindakan penggubal dan pemutus dasar dalam tempoh 3 hari bekerja.
3. Memberi taklimat mengenai sistem dan maklumat pendidikan yang tepat dan terkini kepada pelawat selewat-lewatnya 3 hari selepas permohonan diterima.
4. Membekalkan data dan maklumat pendidikan yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan kepada individu, agensi dalam dan luar KPM serta pertubuhan antarabangsa dalam tempoh 5 hari bekerja.
5. Memberi keputusan terhadap cadangan penyelidikan pendidikan selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
6. Memproses setiap permohonan keahlian Pusat Dokumentasi (Perpustakaan KPM) dalam tempoh 10 minit.
7. Menyediakan unjuran latihan guru sekolah rendah, menengah dan kolej matrikulasi dalam tempoh satu bulan sebelum iklan pengambilan dibuat bagi program yang diiklankan.

Latar Belakang BPPDP
Sejak tahun 1960 Kementerian Pendidikan telah mengakui dan mengiktiraf aktiviti perancangan sebagai wahana utama perkembangan dan pembangunan pendidikan. Justeru pada tahun 1963 tertubuhlah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPPP), iaitu bahagian yang bertanggungjawab terhadap perancangan pendidikan kebangsaan. Pada peringkat awal ini peranan BPPP ialah untuk:
  1. Merencana dan menyediakan kertas-kertas soalan ujian kecerdasan bagi Peperiksaan Kemasukan ke Sekolah-Sekolah Menengah Tanah Melayu (MSSEE).
  2. Mengumpul dan menyimpan data asas pendidikan.
  3. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Kurikulum Pusat (CCC).
  4. Memperkenalkan dan menyelaras program-program mengenai bimbingan sekolah.
Pada tahun 1966 BPPP telah digabungkan dengan urus setia Majlis Pendidikan Tinggi dan diketuai oleh Pengarah Pendidikan Tinggi. Perubahan ini telah memperluaskan lagi bidang tugas BPPP ke arah menyumbang perkhidmatan yang lebih cekap dan mencabar. Dari setahun ke setahun peranan BPPP telah menjadi semakin penting. Bermula dari tahun 1969 BPPP telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras projek-projek Bank Dunia. Seterusnya pada tahun 1970 BPPP telah menjadi urus setia Jawatankuasa Perancangan pendidikan (JPP) yang merupakan Jawatankuasa Penggubal dan Pemutus Dasar tertinggi Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1974, BPPP telah menjadi urus setia Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1975 BPPP telah diiktiraf sebagai satu Bahagian yang tersendiri dengan diterajui oleh seorang Pengarah. Pada tahun 1979, melalui laporan Jawatankuasa Kabinet, BPPP telah menjalankan perancangan pendidikan yang setanding dengan fungsi dan peranannya di peringkat Kementerian Pendidikan.
Penstrukturan baru Kementerian Pendidikan pada tahun 1995 telah meletakkan BPPP (selepas ini dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan - BPPDP) secara langsung di bawah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Struktur Organisasi
Sektor Perancangan Makro
Unit Projek Khas
Unit Perancangan Pembangunan
Unit Pemantauan Sasaran Pendidikan Antarabangsa
Unit Bantuan Luar
Sektor Dasar
Unit Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Unit Urusan Hal Ehwal Parlimen
Unit Analisis dan Pengesanan Dasar
Sektor Data Pendidikan
Unit Maklumat Asas Pendidikan
Unit Analisis Dan Indikator
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Unit Penyelidikan Dan Pembangunan
Sektor Penyelidikan Dan Penilaian
Unit Penyelidikan Makro
Unit Penyelidikan Antarabangsa
Unit Pembangunan Pembudayaan Pendidikan
Unit Penilaian Keperluan Kebolehlaksanaan
Unit Penilaian Program
Unit Penilaian Kos
Sektor Pusat Dokumentasi
Unit Pembangunan Koleksi
Unit Perkongsian Maklumat
Unit Sistem Pusat Dokumentasi
Sektor Kualiti
Sektor Unjuran
Unit Pentadbiran
Unit Perkhidmatan Dan Perjawatan
Unit Kewangan
Unit Perolehan, Aset Dan Fasiliti
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara