Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Mulai tahun 2006 di bawah teraju Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan
mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih
efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan
aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan
oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri,
Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi
lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti
Kempen Membaca, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat telah menyediakan pangkalan
data Literasi Maklumat i-baca.
OBJEKTIF
- Menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca
- Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya
- Memperluaskan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas
- Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang
- Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan
- Merapatkan golongan masyarakat dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
- Menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif
KUMPULAN SASARAN
- Institusi Kekeluargaan
- Institusi Pendidikan
- Institusi Kemasyarakatan
- Sektor Perkhidmatan Awam dan Swasta
- Sektor Perpustakaan Awam Negeri
- Sektor Penerbitan
SLOGAN KEMPEN MEMBACA
1995 Mari Membaca Bersama
1996 Generasi Berilmu
Penggerak Wawasan
1997 Melangkah ke Era Siber
: teruskan dengan membaca
Mendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membaca
Menjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998 Kalau dahulu saya
amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999 Ilmu Merintis
Kecemerlangan Minda
2000 Baca Amalan Ceria Anda
: Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001 Membaca Merdekakan
Minda
2002 baca@gaya hidup
2003 Membaca Santapan Minda
Sekeluarga
Bacalah Bersama Keluarga...
2004 Rajin Membaca Pasti
Berjaya
2005 Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya
2006 Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya
2007 Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya
2008 Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya
VISI KEMPEN MEMBACA
“Ilmu
Membangun Tamadun”
MISI KEMPEN
MEMBACA
“Memupuk
Budaya Membaca Sepanjang Hayat”
TEMA DAN LOGO
No comments:
Post a Comment