Social Icons

-

Sunday, April 8, 2012

Buku Teks (SPBT)

PENGENALAN

Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.


Beberapa pengertian tentang buku teks:

UNESCO
A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher situation.

Cambridge International Dictionary of English
A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.

Altbach (1987)
Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries.

Gopinathan (1983)
Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas dalam bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bahan bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa ini.

Dent (1955)
Buku teks ialah alat perniagaan yang penting dan sukar diganti dengan alat lain.

ANATOMI BUKU TEKS

Sesebuah buku secara umumnya mempunyai empat bahagian iaitu:

  1. Bahagian kulit buku
  2. Bahagian awalan
  3. Bahagian teks (kandungan)
  4. Bahagian akhiran
Maklumat yang dipaparkan pada setiap bahagian buku berdasarkan spesifikasi buku teks mata pelajaran berkenaan.



Bahagian Kulit Buku

Kulit Buku Teks terdiri daripada 3 bahagian, iaitu kulit depan, kulit belakang dan tulang belakang. Setiap bahagian memaparkan maklumat seperti:

Kulit Depan
  1. Bahagian luar kulit depan mengandungi:
    • Judul Buku
    • Nama penulis/penyusun/penterjemah
    • Logo penerbit
  2. Bahagian dalam kulit depan mengandungi:
    • Rukun Negara

Kulit Belakang
  1. Bahagian luar kulit belakang mengandungi:
    • Harga buku
    • Berkod
    • Nombor ISBN (International Standard Book Number)
    • Perkataan 'Tidak Boleh Dijual' untuk buku teks Simpanan Buku Teks
  2. Bahagian dalam kulit belakang mengandungi:
    • Akad dan Cop SPBT

Tulang Belakang
  • Logo KPM
  • Judul buku
  • Logo penerbit
  • Buku yang kurang 96 halaman tidak mempunyai maklumat pada tulang belakang buku


Bahagian Awalan

Secara umumnya bahagian awalan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai halaman-halaman berikut:

Halaman judul
  1. Judul buku
  2. Nama penulis/penyusun/penterjemah
  3. Nama editor
  4. Nama ilustrator
  5. Nama pereka bentuk
  6. Logo dan nama penerbit
  7. Tahun terbitan
  8. Perkataan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah

Halaman hak cipta
  1. Cap nombor siri perakuan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Nombor ISBN (International Standard Book Number)
  3. Tahun terbitan pertama
  4. Simbol hak cipta
  5. Maklumat hak cipta
  6. Nama dan alamat penerbit yang lengkap
  7. Nama pengatur huruf
  8. Maklumat jenis dan saiz muka taip
  9. Nama dan alamat pencetak

Halaman penghargaan

Mengandungi teks penghargaan kepada pemilik hak cipta bahan dalam buku atau pihak yang memberi sumbangan kepada penerbitan buku berkenaan.


Halaman kandungan

Mengandungi senarai kandungan buku berkenaan mengikut turutan dimulai bahagian awalan, kandungan, dan akhiran beserta rujukan halalan.


Halaman kata penghantar

Mengandungi teks Kata Penghantar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Halaman pendahuluan

Mengandungi maklumat tentang tujuan penerbitan, latar belakang penerbitan dan penekanan penting dalam penggunaan buku berkenaan.



Bahagian Teks (Kandungan)

Bahagian bahan teks atau kandungan buku yang disusun mengikut bab, tajuk dan sub tajuk mengikut keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran berkenaan.



Bahagian Akhiran

Secara umumnya bahagian akhiran mengandungi maklumat-maklumat untuk halaman-halaman berikut:

Lampiran terpilih

Lampiran menyampaikan maklumat tambahan seperti carta, jawapan kepada soalan-soalan dan perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Glosari

Mengandungi senarai istilah beserta takrifnya yang disusun mengikut abjad.


Senarai rujukan

Senarai bahan rujukan termasuk bahan laman web yang digunakan dalam penerbitan buku dan disusun mengikut abjad.


Indeks

Perkataan baru yang dipelajari dalam buku berkenaan nombor halaman yang berkenaan. 


 PROSES PENERBITAN BUKU TEKS

Setiap buku teks telah melalui beberapa peringkat proses penerbitan dalam penghasilannya. Peringkat-peringkat dalam proses penerbitan buku teks dijelaskan seperti berikut:





Manuskrip

Bahan bertulis yang telah disediakan oleh penulis. Manuskrip mengandungi perkara-perkara berikut:
  1. Teks yang lengkap, mantap dan sempurna.
  2. Cadangan bahan grafik yang telah disusun secara berurutan serta lengkap, mantap, sempurna dan menepati spesifikasi buku.
  3. Brif bahan grafik yang lengkap, mantap dan jelas.
  4. Plot bahan grafik, mantap dan jelas.
  5. Keselarasan dari segi bentuk, format, tajuk utama, tajuk kecil dan sub tajuk, penggunaan ikon, flag post, anekdot, penyendal dan bahan tambahan.


Pruf Muka Surat

Bahan yang telah diatur huruf dan direka letak serta dipersembahkan bersama bahan grafik seperti halaman sebenar buku.
  1. Teks yang diatur huruf lengkap, mantap dan sempurna.
  2. Bahan yang telah disusun dengan reka bentuk yang lengkap, mantap dan sempurna serta menepati spesifikasi buku.
  3. Bahan grafik dalam hitam putih yang lengkap, mantap dan jelas.
  4. Gambar foto yang lengkap, mantap dan jelas.
  5. Keseluruhan dari segi bentuk dan format, tajuk utama, tajuk kecil dan sub tajuk, penggunaan ikon, flag post, penyendal dan bahan tambahan (jika ada).


Naskhah Sedia Kamera

Naskhah Sedia Kamera (NSK) ialah pruf muka surat yang telah diatur huruf dan dipersembahkan dalam reka bentuk dan teka letak halaman yang lengkap serta sedia untuk difilem. Ciri-ciri NSK adalah seperti berikut:
  1. Teks yang lengkap, mantap dan sempurna.
  2. Bahan grafik (hitam putih dan berwarna) yang jelas, tepat dan berkualiti.
  3. Gambar foto (hitam putih dan berwarna) yang jelas, tepat dan berkualiti.
  4. Bahan teks dan grafik telah disusun dengan reka bentuk dan reka letak halaman yang sempurna serta menepati spesifikasi.
  5. Tidak mengandungi sebarang kesilapan dari aspek kandungan dan teknikal penerbitan.
  6. Naskhah Sedia Kamera perlu mempunyai crop mark.


Filem

Filem adalah proses pemisahan warna yang dilakukan sebelum cetakan pruf warna dibuat. Penerbit bertanggungjawab menentukan aspek berikut:
  1. Kedudukan kuras dan halaman berwarna dan hitam putih.
  2. Filem yang berkualiti dan tidak terdapat sebarang kecacatan atas permukaan filem.
  3. Tiada teks atau bahan grafik yang tertinggal.
  4. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.
  5. Kualiti cetakan filem dan kemasan menepati spesifikasi.
Nota:
Mesin cetak yang menggunakan teknologi computer-to-plate atau computer-to-print tidak melalui proses penyediaan filem.




Pruf Warna

Pruf Warna merupakan hasil (output) daripada filem yang telah dipisahkan warna. Ia merupakan peringkat akhir sebelum percetakan dibuat. Sebarang pembetulan pada peringkat ini perlu dielakkan. Kaedah penyediaan pruf warna berdasarkan perkara berikut:
  1. Menggunakan kertas simili/wordfree 70gsm untuk buku teks dan Art Card 320gsm untuk kulit buku.
  2. Pruf warna yang disediakan secara camera-to-plate (CTP), cetakan hendaklah menggunakan machine proof.
  3. Pruf warna disediakan dalam bentuk empat warna bagi kulit buku dan empat warna atau dua warna bagi halaman yang berkaitan.
  4. Pruf warna perlu mengandungi crop mark.
  5. Pruf warna perlulah mencapai kualiti percetakan yang baik dan elakkan kelemahan seperti tidak jelas, kabur, kotor dan teks pecah.


Naskhah Contoh

Naskhah Contoh (NC) ialah bahan terbitan yang telah dicetak menjadi buku sebenar. Penerbit perlu memperoleh kelulusan naskhah contoh sebelum mencetak naskhah edar yang akan dibekalkan ke sekolah-sekolah. Perkara berikut perlu diambilkira iaitu:
  1. Disediakan seperti naskhah sedia kamera dan pruf warna yang diluluskan.
  2. Kemasan repang.
  3. Registration warna betul dan tepat.
  4. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.
  5. Jenis dan kualiti kertas menepati spesifikasi dan mempunyai keseragaman warna asas bagi keseluruhan buku.
  6. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.
  7. Kualiti cetakan kulit dan kemasan menepati spesifikasi.
Cetakan dan Penjilidan

Proses penjilidan dilakukan apabila semua kuras halaman buku selesai dicetak. Perkara yang perlu dipatuhi ketika proses penjilidan iaitu:
  1. Susunan kertas betul (Gathering).
  2. Jenis jilidan yang digunakan (jilid perekat, jahit benang, perfect binding, pin dan lock binding).
  3. Kekemasan jilidan (Trimming.
  4. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.


Naskhah Edar

Naskhah Edar (NE) ialah bahan terbitan yang telah dicetak dan sedia untuk diedarkan. Jumlah cetakan dibuat mengikut pesanan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara-perkara yang perlu diambilkira:
  1. Disediakan seperti naskhah contoh yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Kemasan repang.
  3. Registration warna betul dan tepat.
  4. Kualiti penjilidan menepati spesifikasi buku serta kemas dan kukuh.
  5. Jenis dan kualiti kertas menepati spesifikasi dan mempunyai keseragaman warna asas bagi keseluruhan buku.
  6. Ketepatan imposisi iaitu kedudukan folio tepat dan halaman berurutan serta lengkap.

 BAHAN GRAFIK BUKU TEKS

Bahan Grafik

Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua jenis unsur visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu mesej bercetak lebih jelas dan menarik.

Bahan grafik boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum, iaitu:

  1. Grafik Seni
    Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan kesan emosi melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata.
  2. Reka Bentuk
    Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan susunan unsur asas dalam rekaan seperti prinsip rekaan, struktur rekaan, warna, bleed, akas (reverse) bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik.
  3. Grafik Maklumat
    Merujuk carta, jadual, peta, dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan maklumat secara visual.


Ciri-ciri bahan grafik yang baik

Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat:
  1. membawai makna yang tersurat dan tersirat
  2. meringkaskan maklumat
  3. menyampaikan maklumat dengan tepat

Mempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.


Bahan Grafik dalam Buku Teks

Bahan grafik yang digunakan dalam penerbitan buku teks perlu sesuai dan memenuhi kehendak mata pelajaran. Pemilihan bahan grafik perlu tepat dengan tujuan penggunaannya dan bersesuaian dengan kehendak mata pelajaran. Bahan grafik banyak digunakan dalam penulisan buku teks mata pelajaran teknikal dan saintifik, kerana penggunaannya membantu penyampaian kandungan lebih jelas, tepat dan mudah difahami pelajar. Bahan grafik dalam buku teks tidak hanya digunakan untuk hiasan semata-mata atau sebagai memenuhi ruang kosong sahaja.

Bahan grafik dalam penerbitan buku teks perlu berfungsi seperti berikut:
  • Menyampaikan kandungan teks (konsep/fakta)
  • Membantu memahami teks
  • Mengukuhkan pemahaman teks
  • Melengkapkan teks
  • Memberi maklumat tambahan
  • Memudahkan pelajar mengingati konsep/fakta penting
  • Merangsang pemikiran pelajar dalam pembelajaran
  • Memberi nilai estetika


Jenis Bahan Grafik

Pemilihan pelbagai jenis bahan grafik dalam sesebuah buku teks berdasarkan kepada keperluan tajuk dan keperluan golongan sasar. Antara jenis bahan grafik yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
  • Lukisan teknikal
  • Lukisan berkomputer
  • Lukisan saintifik
  • Gambar foto
  • Rajah
  • Graf
  • Peta
  • Jadual
  • Carta
  • Kombinasi gambar foto dan lukisan
  • Kartun
  • Karikatur


Teknik Persembahan Bahan Grafik

Bahan grafik yang dipilih bagi sesebuah buku teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai cara agar bahan grafik berkenaan berfungsi menyampaikan maksud dengan tepat, membantu persembahan kandungan supaya lebih mudah difahami oleh pengguna serta menarik. Antara teknik persembahan bahan grafik yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
  • Double-spread � persembahan melangkau dua halaman
  • Superimpose � persembahan teks yang dicetak atas bahan grafik
  • Bleed � persembahan bahan grafik yang melepasi garis repang
  • Gambar foto bergabung dengan lukisan sebenar


Contoh Jenis Bahan Grafik

Lukisan Kartun
Lakaran Carta, Peta dan Graf
Lukisan Saintifik Lukisan Saintifik
Gambar Foto
Lukisan Teknikal
Lukisan Teknikal


Teknik Persembahan Bahan Grafik

Double-spread
Keratan rentas dan berfokus Superimpose dan bleed


Kualiti Bahan Grafik

Bahan grafik berperanan untuk memudahkan penyampaian kandungan bahan penulisan. Oleh itu, bahan grafik yang digunakan dalam buku teks mestilah mengambilkira perkara-perkara berikut:
  • Menepati fakta yang disampaikan
  • Konsep bahan grafik yang betul
  • Sesuai dan bertepatan dengan teks
  • Logik
  • Terkini dan relevan
  • Jelas dan lengkap
  • Mempunyai saiz perkadaran yang betul
  • Mempunyai perspektif yang betul
  • Menggunakan gambar foto yang bermutu tinggi (tidak kabur)


Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Pemilihan Bahan Grafik

Kesemua bahan grafik yang digunakan di dalam buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia perlu bebas daripada segala unsur sensitif, negatif dan subversif. 
 REKABENTUK BUKU TEKS

Reka Bentuk

Reka bentuk adalah pelan tersusun yang merangkumi konsep rekaan sesebuah buku. Reka bentuk merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan grafik atau bahan lain pada halaman buku. Format persembahan pada keseluruhan buku hendaklah terancang, berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah. Setiap ruang mestilah digunakan secara optimum, di samping mengambil kira ruang membolehkan pembaca merehatkan mata (eye rest). Reka bentuk yang baik dapat memandu mata pembaca, membaca mengikut urutan dalam sesuatu terbitan dan membezakan bahan-bahan utama dan bahan-bahan sekunder.

Reka bentuk merupakan faktor penting yang dapat membezakan sesuatu terbitan dengan terbitan lain. Reka bentuk juga boleh menjadi identiti sesebuah penerbit (house style).


Aspek Penting Dalam Reka Bentuk Buku Teks

Reka bentuk buku teks mengambil kira prinsip asas rekaan atau seni reka dalam reka bentuk yang lazim iaitu perseimbangan, perkadaran, turutan, kesatuan, mudah dan kontra. Walau bagaimanapun dalam mereka bentuk buku teks, aspek keperluan pedagogi mata pelajaran dan kesesuaian dengan kumpulan sasar buku berkenaan perlu diberi perhatian agar reka bentuk yang dipilih bersesuaian. Di samping itu reka bentuk buku perlulah tekal pada keseluruhan buku agar dapat membantu pemahaman pengguna terhadap isi kandungan buku berkenaan.

Reka bentuk pakej buku teks sekolah rendah perlu mengambil kira jenis buku dan tahap umur murid. Lazimnya reka bentuk buku teks sekolah rendah lebih mudah dan tidak terlalu padat dengan teks. Manakala reka bentuk pakej buku teks sekolah menengah lebih kompleks dengan memuatkan lebih banyak teks dan maklumat tambahan. 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara