Pusat Jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian mengikut pengertian Akta Pusat Jagaan 1993
Jenis-jenis Pusat Jagaan |
1 | Pusat Jagaan Berkediaman |
"Pusat Jagaan Berkediaman" ertinya mana-mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni - penghuni didalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya.
| |
2 | Pusat Jagaan Harian |
"Pusat Jagaan Harian" ertinya mana - mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang - kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya. Senarai Pusat Jagaan Berdaftar
Amnesty Period
NOTIS
PENDAFTARAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
“AMNESTY PERIOD”
Semua pengusaha dan pengendali TASKA dan Pusat Jagaan DIWAJIBKAN pendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
Pengusaha dan Pengendali diberi tempoh selama 6 bulan di bawah “AMNESTY PERIOD” sehingga 12 FEBRUARI 2009 untuk mendaftarkan TASKA dan Pusat Jagaan masing-masing. Kegagalan mendaftarkan selepas tamat tempoh ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia akan mengambil TINDAKAN UNDANG-UNDANG di bawah bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993.
Pihak tuan/puan dikehendaki menggunakan borang di lampiran A (sila klik disini) dan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Pendaftaran Pusat Jagaan
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran Pusat Jagaan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
|
No comments:
Post a Comment