Social Icons

-

Thursday, August 23, 2012

Maktab Tentera DiRaja (MTD)


Nama Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan. MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagam MTD iaitu


PIAGAM

Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahan Negara

     Piagam ini telah ilhamkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dengan tujuan apabila MTD ditubuhkan pada tahun 1952, maka ianya dapat membantu Negara melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 1957 nanti. Bagi menyambung matlamat dan inspirasi piagam tersebut sehingga hari ini, MTD telah meletak sebuah Visi dan Misi bagi menyokong matlamat piagam tersebut.


MISI MAKTAB TENTERA DIRAJA
Menyediakan Pendidikan Bestari Berkualiti
Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa,
Berketrampilan dan Bersasiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam,
Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia

VISI
Menjadikan Maktab Tentera DiRaja Sebagai Sebuah Institusi Pendidikan Bestari yang Terunggul


COGANKATA MTD
Berkhidmat Memimpin

SEJARAH MAKTAB TENTERA DIRAJA
Sejarah MTD bermula tanggal 3 Julai 1952 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika itu ia dikenali sebagai Malay Regiment Training Centre yang terdiri daripada Pre Officer Cadet Training Unit dan Boys Company.  MTD mengambil pelajar pertamanya pada September 1952 dengan menyaksikan 74 pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun terpilih dari 1000 permohonan untuk mengikuti pengajian.   Pada 17 Disember 1953, nama sedia ada ditukar kepada Federation Military College (FMC) yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Field Marshall Tun Sir Gerald Templer.

Selepas lapan tahun di Port Dickson, pada 20 Jun 1961, FMC dipindahkan ke lokasi kini di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dan pada 1 Januari 1966, nama FMC  ditukar kepada Maktab Tentera DiRaja (MTD) atau Royal Military College (RMC). MTD telah menerima anugerah Panji DiRaja oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Haji Ahmad Shah pada 3 Jun 1981 di Stadium Merdeka.

Pada waktu itu, MTD terdiri daripada dua Divisyen iaitu Divisyen Kadet dan Divisyen Putera. Pada 1995, Divisyen Kadet dipindahkan ke Ulu Tiram, Johor dan dikenali sebagai Kolej Tentera Darat. Pada tahun 1996, Akademi Tentera Malaysia (ATMA) telah menduduki sementara bangunan di padang kawad sehinggalah bangunan ATMA siap sepenuhnya pada 2001.

Sekarang MTD telah mengambil alih kesemua bangunan di padang kawad dari ATMA. Pusat pentadbiran MTD telah berpindah ke bangunan markas di padang kawad dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2005. Maka kini hanya tinggal Divisyen Putera yang terdiri daripada putera tingkatan dua hingga lima. Pada masa sekarang MTD hanya menumpukan tugas sebagai sebuah institusi yang mendidik pelajar di peringkat menengah sama sahaja dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain. Cuma pendekatan dan kaedah pendidikan yang membezakan MTD dengan SBP yang lain.

Untuk maklumat lanjut : http://www.rmc.edu.my/


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara