Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

Program Pembangunan sukan


Pembangunan sukan di kalangan pelajar bermatlamat melahirkan pelajar yang yang mempunyai ciri yang unggul dan sentiasa berdaya saing. Bagi mencapai matlamat ini, Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) telah dilancarkan dan mensasarkan objektif berikut:
  • Menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada pembangunan kecemerlangan sukan negara
  • Mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan seimbang dan berkualiti
    dalam pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan
  • Sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara adalah terdiri daripada atlit IPT atau
    "The Thinking Athletes"

7 Kluster DPSIPT

Pelaksanaan dasar ini akan menggerakkan perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan sukan di IPT dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan sistematik melalui fokus kepada tujuh (7) kluster berikut:
  • Program Pembudayaan Sukan
  • Program Pembangunan Infrastruktur Sukan
  • Program Pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan
  • Skim Kecemerlangan, Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS)
  • Program Pembangunan Akademik Atlit
  • Program Promosi dan Jaringan Kerjaya
  • Program Pembangunan Pengajian Sukan di IPT

Insentif Biasiswa Sukan

Bertepatan dengan usaha menggalakkan kecemerlangan sukan atlet IPT, inistiatif menawarkan Biasiswa Sukan kepada atlit IPT yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sukan yang diceburi serta mendapat pengiktirafan Majlis Sukan Negara (MSN) telah dilaksanakan. Sejak penawaran Biasiswa Sukan dibuka bermula pada 2006 hingga 2010, seramai 356 atlet telah diperakukan sebagai penerima Biasiswa Sukan KPT.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara