Merupakan institusi pemulihan dan perlindungan kanak-kanak, khususnya kanak-kanak perempuan seperti berikut:-
- Mereka yang terdedah kepada bahaya moral
- Mereka yang terlibat diri / terlibat dalam pelacuran
- Mereka yang memerlukan perlindungan segera / sementara
(seperti kes mengandung luar nikah)
Objektif
Untuk memberi pemulihan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.
Kemasukan
- Melalui Perintah Mahkamah (seksyen 40(3)(a) Akta Kanak-Kanak 2001)
- Permohonan sendiri (seksyen 41 Akta Kanak-Kanak 2001)
Tempoh Pemulihan
Selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh tahanan setelah melebihi setahun dengan kelulusan Lembaga Pelawat.
No comments:
Post a Comment