Social Icons

-

Sunday, July 24, 2011

Mohamed Khir Johari (Mantan Menteri Pelajaran)


Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) merupakan pemimpin veteran UMNO yang juga anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau dilahirkan di Kampung Kancut, Alor Star, Kedah dan mendapat pendidikan awal di sekolah melayu di Jalan Bharu dan Sungai Korok sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Khir’ mempunyai sembilan anak. Mohamed Khir pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran Malaysia pertama negara pada tahun 1957. Beliau adalah antara anggota Kabinet kerajaan paling lama berkhidmat iaitu sejak 1950-an sebelum bersara pada 1976.

Allahyarham menjadi Menteri Muda di Kementerian Pertanian dan Perikanan pada 1955 sebelum memegang jawatan menteri di beberapa kementerian termasuk Menteri Pelajaran (1957-1959/1965-1968). Allahyarham juga pernah menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962/1969-1971/1972), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tanpa Portfolio (1973).

Selain Mohamed Khir, Kabinet pertama Tunku turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mendiang Tun H. S. Lee, Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman, mendiang Tun V.T. Sambathan, Allahyarham Tun Sardon Haji Jubir, mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.

Dalam banyak-banyak kementerian yang diterajui oleh beliau, Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular. Pada tahun 2005, Utusan Melayu telah terkubur dan pihak kerajaan terpaksa menghidupkannya kembali dengan tajaan dari pihak-pihak tertentu.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai aktiviti sosial seperti sukan dan alam sekitar. Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang kali terakhir dipegangnya pada 1993 sehingga pernah dianugerahkan sebagai Bapa Sepak Takraw oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) setahun kemudian.

Di bawah kepimpinannya dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM), skuad negara berjaya membawa pulang gelaran berprestij berpasukan dunia, Piala Thomas pada 1967 dari Jakarta yang hanya dapat diulangi suku abad kemudian di Kuala Lumpur. Dalam bidang kebajikan, Allahyarham menjadi penaung kepada Persatuan Kebajikan Pekak dan Pusat Sindrom Down Kiwanis. Sementara dalam pertubuhan Islam, Allahyarham aktif dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Yayasan Amanah Pembinaan Islam (A staf). Selain itu, Allahyarham pernah menjawat Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia dan pengasas bersama serta presiden pergerakan pemeliharaan hidupan liar, WWF Malaysia. Allahyarham telah merasmikan upacara pembukaan rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan pada 12 Jun 1967 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras pada 27 Mac 1969.

Beliau adalah satu-satunya tokoh yang namanya diabadikan sekurang-kurangnya di lapan sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Prai (Pulau Pinang), Kampung Melayu Majidee (Johor), Sungai Petani (Kedah), Sabak Bernam (Selangor) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Sungai Petani (Kedah), Tanjung Malim (Perak), Beranang (Selangor) dan Bagan Datoh (Perak).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 November 2006 sewaktu sedang bersarapan pagi di kediamannya dan disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung. Jenazah Allahyarham Mohd Khir dimandi dan dikafankan di Masjid Negara sebelum dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kira-kira jam 6.45 petang. Lebih 500 orang hadir di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sumber rujukan :

Utusan Malaysia. 20 November 2006


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara