Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PENGURUSAN DISIPLIN MURID


1.         PENYATAAN DASAR

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957, Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1.       Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ), 1959 dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah selain daripada-

            (a) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114 ( 2 ) Ordinan dan
            (b) sekolah gaya pos.

2.         TUJUAN

2.1     Menanam kesedaran tentang betul dan salah ke dalam diri murid, menghalang dan mengelakkan dari berkelakuan yang tidak dikehendaki, serta diikuti dengan cara larangan berkelakuan demikian bersama dengan cara mengenakan hukuman sekiranya larangan itu tidak dipatuhi. 

2.2     Menentukan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta dapat mewujudkan iklim sekolah yang kondusif

3.         PELAKSANAAN DASAR

3.1        Peraturan - Peraturan Pendidikan di bawah kawalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang berkuatkuasa pada masa ini bagi mengawal disiplin murid adalah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 [Education ( School Discipline ) Regulations, 1959] yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957     ( Education Ordinance, 1957 ).

3.2        Pelaksanaan Peraturan - Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959 dilaksanakan dengan berpandukan kepada

i.   Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru ( DBP 1988 );
ii.  Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan dari masa ke semasa;
iii. Peraturan-peraturan disiplin yang digubal di peringkat sekolah.

3.3       Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, setelah Peraturan-Peraturan Pendidikan yang digubal di bawah Akta dan Ordinan Pelajaran dikaji dan digubal semula oleh Jawatankuasa Teknikal Penggubalan yang dianggotai oleh wakil-wakil Jabatan, Bahagian dan Penasihat Undang-Undang KPM.

3.4       Pengurusan Disiplin yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini adalah berpandukan kepada Buku-buku Panduan Disiplin dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas seperti;

i.    Buku Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah ( 1981 )

ii.    Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah ( 1982 )

iii.   Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ( 1988 )

iv.   Buku Panduan Disiplin Untuk Pelajar-Pelajar  (1988 )
                           v.    Buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah ( 1994 )

vi.   Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah ( 2005 )
  
3.5       Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan pengurusan disiplin.

3.5.1  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968 : Pembuangan Murid-Murid daripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang

3.5.2  Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968  dan 8/1968

3.5.3   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 : Peraturan-Peraturan ( Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959

3.5.4   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 : Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok

3.5.5   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975: Disiplin di Sekolah. Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid

3.5.6   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 : Potongan Rambut Murid-Murid

3.5.7  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976 : Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di Sekolah-Sekolah

3.5.8   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1977 : Menganjur dan Menjual Loteri di Sekolah-sekolah

3.5.9   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1982 : Permainan "Pin-Table, Video Game, Game Watch"

3.5.10  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah

3.5.11    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1983 : Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan

3.5.12  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983 : Mengenakan hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran

3.5.13    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1985 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)

3.5.14    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986: Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

3.5.15    Surat Pekeliling ikhtisas Bil 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di  Sekolah

3.5.16  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 : Pemakaian Tudung/Mini Telekung bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

3.5.17    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993 : Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah

3.5.18    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 : Pakaian Seragam Sekolah

3.5.19    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah

3.5.20    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

3.5.21    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996 : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian

3.5.22     Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Hukuman dan hukuman Di Sekolah

3.5.23    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

3.5.24    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 :  Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

3.5.25    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1998 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah

3.5.26    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 : Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

3.5.27    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan

3.5.28    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 : Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik  Sekolah

3.5.29    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000 : Membanteras Jenayah Di kalangan Murid Sekolah

3.5.30    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

3.5.31    Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3.5.32    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

3.5.33    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 : Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

3.5.34    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid

3.5.35    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 : Penggunaan Buku Log Bagi tujuan Memantau Laku Musnah ( Vandalisme ) Di kalangan   Murid-Murid Sekolah

3.5.36    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2006 : Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Semua Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

3.5.37    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 : Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.

3.6       Pelaksanaan Dasar Pengurusan Disiplin (Dasar Baru)

3.6.1     Pada tahun 2004, YB. Menteri Pelajaran telah meminta agar kaedah dan pelaksanaan pengurusan disiplin murid perlu dimantapkan. Ini disebabkan latar belakang punca masalah ini adalah pelbagai. Pendekatan yang digunakan perlu secara holistik iaitu melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan yang lain, badan-badan bukan kerajaan, PIBG dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

3.6.2     Sehubungan  dengan  itu  diwujudkan  Jawatankuasa  Induk  Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pelajaran  bertujuan untuk memberi ruang kerjasama semua pihak bagi membendung masalah disiplin murid. Melalui penglibatan semua pihak, jawatankuasa ini telah dapat melaksanakan aktiviti bersama secara lebih berkesan.          

3.6.3     Pada Tahun 2004 juga dua Nota Kabinet telah dibentangkan oleh YB. Menteri Pelajaran untuk makluman Jemaah Menteri berkaitan tindakan yang sedang dan telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah disiplin di sekolah.  Pada 26 April 2006, YB. Menteri Pelajaran telah membentangkan satu memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah dan pelaksanaan program-program yang dirancang di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan empat Jawatankuasa Bertindak.

3.6.4     Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPM untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada semua kementerian dan agensi €“agensi kerajaan yang berkaitan terutama dalam isu-isu disiplin yang berada di luar bidang kuasa dan kepakaran Kementerian Pelajaran, malah telah memutuskan agar pertubuhan €“ pertubuhan bukan kerajaan  ( NGO ), masyarakat, ibu bapa perlu dilibatkan sepenuhnya di samping penggemblengan media massa juga perlu dilakukan dalam usaha ini.

3.6.5     Empat Jawatankuasa Bertindak  yang diwujudkan merupakan jawatankuasa kerja yang melibatkan pelbagai pihak dalam mendapatkan input, pandangan serta pelaksana secara menyeluruh dan holistik. Jawatankuasa Bertindak tersebut adalah;

a.    Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu-Isu Di sekolah yang akan berfokus kepada aspek-aspek kurikulum, kokurikulum, personel dan pengurusan sekolah.

b.   Jawatankuasa Bertindak Melalui Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan memberi perhatian khusus kepada usaha menambah baik, memperkemas dan memantapkan peruntukan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang di dalam serta di luar kawasan sekolah.

c.   Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek psikologi, kesihatan dan pengurusan sekolah.
           
d.  Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Masyarakat akan bertanggungjawab kepada perkara yang melibatkan ibu bapa dan PIBG, kementerian dan agensi lain, NGO, wakil rakyat dan pengurusan sekolah.

3.6.6  Isu disiplin murid merupakan salah satu agenda yang diberi fokus dan telah diinstitusikan   dalam  Pelan  Induk  Pembangunan   Pendidikan ( 2006-2010 ) di bawah Teras Kedua : Membangunkan Modal Insan dalam aspek Pengukuhan Disiplin Pelajar.

4.         KRITERIA PELAKSANAAN

4.1       Meningkatkan dan memantapkan program dan tindakan di bawah Jawatankuasa Induk menangani Gejala Disiplin Murid dan empat Jawatankuasa Bertindak, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.1.1        Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu-Isu Di Sekolah
4.1.2        Jawatankuasa Bertindak Dalam Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan
4.1.3        Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan Kesihatan
4.1.4        Jawatankuasa Bertindak Bagi Pendekatan Kemasyarakatan

4.2       Pemantapan mekanisme Pemantauan dan Data Disiplin

4.2.1        Sistem Aduan Disiplin Murid
4.2.2        Sistem Salah Laku Disiplin Murid ( SSDM )
4.2.3        Pasukan Pemantau ( Flying Squad )
4.2.4        Sistem Kawalan Disiplin Murid [ Merit de merit (e-Disiplin)] dalam proses rintis

4.3       Meningkatkan dan memperluaskan usaha permuafakatan bersama agensi luar.        

4.3.1        Agensi Kerajaan Yang lain
4.3.2        Badan Bukan Kerajaan  ( NGO ) termasuk PIBG

4.4       Pemantapan Pengurusan Disiplin Sekolah

4.4.1        Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959
4.4.2        Penggubalan Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Disiplin Murid ) 2007
4.4.3        Jawatankuasa Disiplin Sekolah
4.4.4        Buku Panduan Pengurusan Disiplin
4.4.5        Pelaksanaan Aktiviti Berasas Sekolah ( School Base )
4.4.6        Kemahiran Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Warden Asrama

5.         TARIKH KUATKUASA DASAR
           
Selain daripada pengekalan Surat Pekeliling Ikhtisas yang tersebut di atas, transformasi terhadap pengurusan dan pelaksanaan disiplin murid bermula pada tahun 2004.

sumber : BPSH

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara