Thursday, July 12, 2012
Skim Bantuan Pelajaran Tinggi Yayasan Felda
Yayasan Felda menawarkan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA.
Kelayakan & Syarat Memohon
1. Warganegara Malaysia dan telah diterima belajar sepenuh masa di IPTA dalam negara dan tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana agensi atau institusi kewangan.
2. Kelulusan akademik telah mencapai kelayakan dan keputusan minima seperti berikut :-
• Ijazah Pertama
- STPM – sekurang-kurangnya mencapai dua subjek dengan gred A dan dua subjek lagi gred B serta lulus Kertas AM.
ATAU
- Lulus peringkat Matrikulasi/Diploma/Keputusan Semester terakhir CGPA (PNGK) melebihi 3.0.
• Ijazah Lanjutan Sarjana Atau Doktor Falsafah
- Lulus Kelas Dua Atas peringkat Ijazah Pertama.
• Pengajian Melalui Kerja Kursus (Course Work)
- Pemohon-pemohon hendaklah mencapai Kelas Dua Atas di peringkat Ijazah Pertama atau CGPA 3.0 ke atas dalam peperiksaan semester terakhir peringkat sarjana semasa memajukan permohonan.
3. Pemohon hanya layak menerima sekali sahaja bantuan pelajaran untuk tahun berkenaan. Sekiranya pemohon berkehendakkan bantuan selanjutnya, pemohon hendaklah memajukan pemohonan baru dan dikehendaki memenuhi syarat-syarat minima dan menghadiri temuduga.
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Yayasan Felda atau muat turun di website Yayasan Felda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment