Social Icons

-

Friday, November 11, 2011

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Pengenalan
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

Sejarah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
  1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
  1. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
  1. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Pengasas
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya 'A Memory of Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Buku itu mencadangkan :
Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara