Pengenalan
Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.
Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia :
Bil | Nama Pusat | Kapasiti |
Sebenar
(Disember 2011)
|
1 |
Taman Sinar Harapan Cheras, Selangor
| 100 | 28 |
2 |
Taman Sinar Harapan
Kuala Kubu Bharu, Selangor | 240 | 204 |
3 | Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban | 100 | 70 |
4 | Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru (Lelaki) | 240 | 133 |
5 |
Taman Sinar Harapan Jubli,
Johor Bahru (Perempuan) | 200 | 161 |
6 | Taman Sinar Harapan Bukit Besar, Kuala Terengganu | 100 | 72 |
7 | Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah | 100 | 57 |
Jumlah | 1080 | 725 |
Objektif
- Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
- Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
- Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
- Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.
- Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.
Cara Pemohonan
Permohonan hendaklah melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan sokongan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Tempoh Mengikuti Pemulihan dan Latihan
3 tahun (dengan tempoh percubaan selama 6 bulan).
Program / Aktiviti yang disediakan
Terdiri dari 2 kategori:-
- Program Pendidikan Tidak Formal
- Kelas Pengurusan Diri
- Kelas Perkembangan Sosial
- Kelas Agama / Moral
- Urusan Rumahtangga (Memasak / Mengemas)
- Kelas Kemahiran 3M
- Program Latihan
- Pemulihan Cara Kerja
- Latihan Fisioterapi
- Pertukangan Kayu
- Kerja Tangan
- Latihan Pertanian
- Terapi Muzik
- Sukan dan Rekreasi
- Bengkel Kek dan roti
- Kelas Jahitan
- Kelas Dandanan
Peranan Lembaga Pelawat
- Peranan Lembaga Pelawat adalah untuk membantu pentadbiran institusi dengan memberi pandangan atau nasihat terhadap program dan aktiviti institusi.
- Ahli Lembaga Pelawat dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tempoh tidak melebihi 3 tahun.
- Bilangan ahli Lembaga Pelawat adalah tidak kurang dari tujuh orang.
- Ahli Lembaga Pelawat terdiri dari sukarelawan masyarakat tempatan.
Alamat Institusi-institusi Taman Sinar Harapan
- Taman Sinar Harapan Cheras
- Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu
- Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah
- Taman Sinar Harapan Tampoi
- Taman Sinar Harapan Jubli
- Taman Sinar Harapan Bukit Besar
- Taman Sinar Harapan Jitra
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Jajahan yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment