Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Institut Aminuddin Baki (IAB)

LATAR BELAKANG

Usaha ke arah memantapkan sistem pendidikan di semua peringkat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan telah bermula apabila "Malaysian Educational Staff Training Institute" (MESTI) ditubuhkan pada Mac 1979. MESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan yang status awalnya adalah sebahagian daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu. Penubuhan MESTI adalah berdasarkan Laporan Jawatan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979(285)

Setakat ini belum ada sebuah maktab atau institusi pelajaran tempatan yang menawarkan latihan bagi pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pelajaran untuk meninggikan taraf ikhtisas mereka. Pada masa ini kebanyakan pegawai ikhtisas yang memerlukan latihan lanjutan biasanya dihantar ke luar negara. Amalan ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan bilangan pegawai yang dapat dihantar adalah terhad. Selain daripada itu, bidang kajian yang mereka ikuti dan juga cara pemikiran terhadap sesuatu isu pendidikan mempunyai orientasi yang asing. Ini tidak mungkin memberi faedah yang maksimum kepada negara. Oleh yang demikian, dalam konteks mempertingkat keberkesanan dan kecekapan sistem pendidikan negara, melalui peningkatan sekolah-sekolah di Malaysia, MESTI berhasrat :

Memperkenalkan taraf keprofesionalan personel Perkhidmatan Pendidikan sebagai pendidik, pentadbir, dan sebagai agen-agen perubahan dalam strategi pendidikan negara, dan

Memperkembangkan secara sistematis amalan-amalan perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan matlamat negara di mana perubahan yang dilakukan adalah berkonsepkan perubahan terancang.


Sasaran Program latihan MESTI mencakupi

Perancangan, pentadbiran serta penyeliaan pendidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

Staf pengurusan serta pengurus-pengurus institusi pendidikan.

Pendidik serta jurulatih guru-guru.

Staf sokongan pentadbiran.

MESTI yang diterajui oleh Dr.Chew Tow Yow(Pengetua) dan Dr. Mohd. Yaacob Haji Mat Nong Naib Pengetua) bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980, dan kemudiannya berpindah pula ke Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus rasminya di Sri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada bulan Mac 1985.Ia kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara pada tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasan seluas 121 ekar di Genting Highlands.

Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki(Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya. Peranan IAB kian berkembang merangkumi program-program yang bersepadu di peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping kursus-kursus khas pada peringkat serantau dan antarabangsa. IAB terus memainkan peranannya sebagai institusi latihan berwibawa di bawah beberapa orang Pengarah. Mulai 16 November 1988, Dr, Hussien bin Hj. Ahmad mengambil alih kepimpinan IAB sehingga 1 Disember 1992. Kemudian institusi ini dipimpin pula oleh Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid. Pada penghujung 1998, jawatan Pengarah IAB disandang oleh Dr. Ab. Rahim bin Selamat sehingga bulan Ogos 2000. Mulai 1 September 2000 Dato' Dr. Wan Chik Rahmah Wan Din dilantik sebagai Pengarah IAB yang baru, dan beliau merupakan wanita pertama yang menerajui kepimpinan IAB. Kemudiannya IAB dipimpin oleh Dr. Hj. Ishak bin Sin sehingga 31 Disember 2004. Bermula Mei 2005, IAB dipimpin pula oleh Dr. Zulwali Kifli bin Merawi sebagai Pengarah IAB. Pengarah ke-9 IAB ialah Dr. Khair Mohamad Yusof yang memegang jawatan tersebut sehingga 31 September 2009. Sekarang, semenjak 1 Oktober 2009, IAB dipimpin oleh Yang Berbahagia Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud selaku Pengarah IAB yang ke-10.


OBJEKTIF

Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan pendidikan serta membangunkan Pendidikan Negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya penghayatan dan amalan peradaban ilmu dan nilai-nilai murni.


FUNGSI

Penubuhan IAB berpaksikan kepada enam (6) fungsi utama iaitu:

Latihan

Pentaksiran

Perundingan

Penyelidikan

Penerbitan

Kumpulan Pemikir


VISI

Institut Aminuddin Baki sebagai pusat kepimpinan pendidikan yang terbilang.


MISI

Membangun keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti.


PIAGAM PELANGGAN

IAB komited untuk memberi kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan:

  1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan;
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan program latihan IAB;
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta yang mengikuti program latihan berpuas dengan pengendalian sesi latihan oleh Pensyarah IAB dan Pensyarah Jemputan;
  4. Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dipohon sekurang-kurangnya empat minggu (4) sebelum kursus bermula;
  5. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
  6. Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahun;
  7. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun ;
  8. Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program konsultansi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun;
  9. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesioanal pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun ;
  10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan penginapan;
  11. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai 8.15 pagi hingga 4.45 petang;
  12. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;
  13. Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan perkhidmatan di IAB adalah menepati tempoh-tempoh berikut:

  • akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari
  • maklum balas awal dalam tempoh 15 hari
  • laporan status aduan dalam tempoh 5 minggu

[Sumber: Pelan Kecemerlangan IAB 2009 - 2011]


Struktur Organisasi

Institut Aminuddin Baki -Cawangan Utara

IAB Zon Kelantan

IAB Zon Perak

IAB Zon Sabah

IAB Zon Johor

IAB Zon Sarawak

Pejabat Pendaftar

Pejabat Pendaftar

Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

Pusat Pembangunan Organisasi

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

Pusat Pengurusan Teknologi

Pusat Penyelidikan, Penilaian dan ICT

Pusat Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Pusat Pembangunan Eksekutif Pendidikan dan Pengurusan Sumber

Pusat Konsultasi dan Mentoring

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web IAB

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara