Sistem pendidikan mono etnik ialah seperti sekolah satu aliran iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan.
Institusi pengajian tinggi (swasta) pun, ada yang berasaskan mono-etnik.
Pemupukan semangat harmoni hidup dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini perlu dilaksanakan pada tahap Sekolah Kebangsaan lagi.
Apabila golongan pelajar mencecah umur 17 hingga 18 tahun dan kemudian melanjutkan pelajaran di pelbagai IPT, mereka sudah boleh memikirkan sendiri bagaimana caranya bagi membolehkan mereka bercampur dengan bangsa lain.
Formula terbaik untuk hidup dalam masyarakat majmuk ialah apa-apa sekalipun cara yang dijalankan untuk mengekalkannya ia mesti bersesuaian dengan keadaan negara masing-masing.
Konsep Sekolah Wawasan yang sedang dilaksanakan kerajaan merupakan peluang yang ada dalam usaha memupuk keharmonian antara kaum dalam negara.
Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga sekolah jenis kebangsaaan di bawah satu kawasan dengan berkongsi padang dan kongsi kantin bertujuan melahirkan rasa harmoni dan integrasi kaum di kalangan pelajar sejak awal persekolahan.
Pemahaman mengenai agama dan toleransi boleh memberi sumbangan positif kepada keamanan dan keharmonian.
No comments:
Post a Comment