Social Icons

-

Tuesday, August 6, 2013

Guru Biasiswa Dan Kebajikan


Bidang tugas
1.    Mengendalikan segala urusan mengenai biasiswa dan kebajikan para pelajar sebagaimana yang diarahkan oleh pengetua sekolah.

2.    Mengawasi kemajuan pelajar, bekerjasama dengan kerani kewangan dan meyediakan laporan untuk pihak yang berkaitan.

3.    Menjadi setiausaha ahli jawatankuasa biasiswa Sekolah dan memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa.

4.    Menyediakan senarai lengkap pemegang-pemegang biasiswa dengan kerjasama guru-guru tingkatan.

5.    Memproses borang-borang permohonan biasiswa dengan kerjasama guru-guru tingkatan di sekolah.

6.    Mengelolakan Buku Simpanan   Nasional pemegang biasiswa untuk disimpan di pejabat sekolah.

7.    Menyediakan rekod kemajuan pelajar pemegang biasiswa dalam borang bank dan yang disediakan oleh pihak sekolah.

8.    Mengambil tindakan yang sesuai terhadap pemegang biasiswa berdasarkan rekod Kemajuan dan Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

9.    Pemegang-pemegang Biasiswa Kecil Kementerian Pendidikan yang bertukar keluar negeri, laporan hendaklah dibuat dalam Lampiran Kewangan 2/79B di mana dua salinan mesti dikirimkan ke sekolah baru dan satu salinan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan.
10.  Bertindak sebagai mentor kepada semua pemegang biasiswa di bawah kelolaannya.

11.  Mengetahui perkembangan pemegang biasiswa dari segi akademik dan sahsiah mereka.

12.  Mengatur program-program yang boleh mempertingkatan prestasi pemegang biasiswa seperti mengadakan kelas tambahan, lawatan sambil belajar, ceramah dan kursus motivasi.

13.  Melaksanakan segala tugas yang berhubung dengan biasiswa sebagaimana yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara