Anugerah
Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang)
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6
November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang
dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi
pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang
mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi
kriteria berikut:-
- Keputusan peperiksaan keseluruhan;
- Aktiviti kokurikulum;
- Hadiah lain yang telah diperolehi;
- Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan;
- Berkelakuan baik
Pingat Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk
tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi
tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima
anugerah adalah layak menerima:-
- Sebuah pingat emas bernilai RM1,000;
- Wang tunai RM1,000; dan
- Siji
Kadar bayaran wang tunai telah dinaikkan kepada RM2,500 seorang
mulai tahun 1995 dan RM5,000 seorang mulai tahun 2009. Sebanyak 17 buah IPTA
dan dua orang graduan bagi tiap - tiap IPTA telah menerima anugerah ini.
Seramai 422 orang graduan telah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya
Cemerlang). Senarai penerima sila klik di sini
No comments:
Post a Comment