Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

Program Motivasi selangkah ke universiti



SERAMAI 90 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh mendapat suntikan motivasi dan pendedahan tentang kehidupan di kampus selepas mengikuti program sehari anjuran Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, baru-baru ini.

Pensyarah FKP merangkap Penyelaras Projek, Al Amin Mohamed Sultan berkata, program yang dianjurkan bagi tahun kelima ini bertujuan memberi pendedahan sebenar tentang kehidupan siswa di kampus di samping memberi suntikan motivasi kepada pelajar sekolah. 
“Program ceramah dan motivasi ini telah berjaya memberikan gambaran kehidupan di kampus kepada para pelajar sekolah yang akan menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi”. 

“Selain itu, ia turut memberi pendedahan tentang peluang-peluang pengajian serta laluan kerjaya selepas tamat SPM nanti”, ujar beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu, para pelajar turut diberikan penerangan projek-projek mahasiswa FKP, demonstrasi mesin serta peralatan berteknologi tinggi seperti Robot Welding, Computer Numerical Control, Injection Molding, kelengkapan Metrologi, makmal polimer dan laser cutting.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Dekan FKP, Dr. Mohd Rizal Salleh.
Penganjuran program ini adalah selari dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi yang menyarankan agar pihak universiti mengadakan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama pelajar sekolah dan masyarakat sekitar. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara