Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE)

Penubuhan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) bertujuan untuk memacu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kepelbagaian CoE yang ditubuhkan juga merupakan antara usaha yang dijalankan untuk membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPT secara amnya.
Selaras dengan aspirasi yang ditetapkan dalam teras ketiga PSPTN iaitu untuk Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi telah mensasarkan ke arah mewujudkan 20 CoE bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2020, penarafan CoE di IPT dilaksanakan menjadi Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (Higher Institution Centre of Excellence, HICoE. Seterusnya HICoE akan dipupuk dan dilonjakkan ke arah mencapai taraf antarabangsa.
Sehingga 31 Disember 2010, enam (6) Pusat Kecemerlangan (CoE) menjadi HICoE. HICoE yang diiktiraf akan seterusnya dipupuk dan dipandu arah melalui pemberian dana suntikan dan pemantauan berterusan untuk dilonjakkan pencapaiannya dalam bidang tumpuan masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa yang senantiasa kompetitif.
HICoE yang telah diiktiraf bersama dengan bidang tumpuan masing-masing adalah seperti berikut:
Bil.HICoEIPTBidang Tumpuan
1.UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation & Control (UMPEDAC)Universiti Malaya (UM)Renewable Energy
2.UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Cancer Biomarkers
3.Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM)Universiti Sains Malaysia (USM)Diagnostics Platforms
4.Institute of Bioscience (IBS)Universiti Putra Malaysia (UPM)Animal Vaccines and Therapeutic
5.Centre for Drug Research (CDR)Universiti Sains Malaysia (USM)Behavioral Research in Addiction
6.Accounting Research Institute (ARI)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Islamic Finance Criminology

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara